Sebelum menang semua tidak patut naik, lepas menang semua naik – Najib

Itu dia.

Harga air akan naik secara berperingkat di seluruh negara tahun ini.

Harga naik tidak membebankan rakyat, kata Menteri.

Harga elektrik untuk rumah dan perniagaan sudah naik pada Julai lalu. Naik lagi untuk perniagaan dan industri pada Mac nanti.



Kerajaan PH juga memberi amaran caj elektrik dijangka akan naik lagi bulan Julai 2019 untuk kediaman dan bisness.

Harga gas paip untuk perniagaan dan industri juga sudah naik pada Julai lepas selepas PRU14.

Sebelum menang, semua tidak patut naik.

“Air ialah hak asasi rakyat. Patut free!” kata mereka atas pentas ceramah.



Lepas menang, berlumba-lumba semua naik.

Ditibai dengan senyap-senyap lagi cukai SST pada bulan September yang banyak kelemahan untuk memberi laluan kepada tauke-tauke lari cukai dan naikkan harga barang sambil tersenyum lebar.

Naik tak apa.

Asalkan jangan nampak cukai dalam resit macam GST.



Mereka suka pada yang disembunyikan.

Lepas itu, menteri buat kajian mahu cari sebab mengapa harga barang naik mendadak selepas PRU14.

Siap minta saya untuk bantu tangani kos sara hidup yang semakin naik.

Kalau Menteri PH masih tidak jelas lagi apa sebab harga barang naik mendadak selepas PRU14, buatlah lagi sebanyak kajian yang mereka mahu jika masih tidak faham.



PH menang, rakyat senang kerana sebarang kenaikan harga pun bukan lagi beban kepada rakyat.

Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker