Puji MITI di bawah BN, Biar Betul – Najib

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah kerajaan PH tiba-tiba mengeluarkan kenyataan pagi ini untuk memuji kerajaan BN semasa saya Perdana Menteri.

Kata strategi kita baik, Kita di landasan yang betul. Kita berjaya.

Kita tarik pelaburan swasta sebanyak RM1.9 Trilion.

Puji lagi bahawa perdagangan Malaysia cemerlang pada tahun 2017 apabila mencatat kadar pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh 13 tahun.

Biar betul. Pelik Bin Ajaib.

PH bukan kata Malaysia sudah hancur dan semakin bankrap di bawah kerajaan BN masa saya?

Kerajaan BN bukan sebuah kerajaan yang gagal?

Puji pula hari ini.

Kerajaan BN perlu sebanyak 10 tahun untuk menarik RM1.9 trilion.

Tetapi, kalah BN jika banding dengan Menteri PH itu yang hanya menggunakan masa beberapa bulan untuk menarik pelaburan asing mencecah RM1.6 trilion dari satu orang pelabur sahaja untuk buat kereta.

Malangnya, menteri itu sudah konar baring. Pelaburan RM1.6 trilion sudah tak jadi.

Yang tinggal hanya air liur.

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/strategi-miti-berjaya-tarik-pelaburan-rm1-9-trilion-195473

Najib Razak

Related Articles

One Comment

  1. Itulah faktanya….rasanya ada yang kena turun pangkat atau ditamatkan perkhidmatan dikalangan pegawai2 MITI lepas nie..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker