Kena Remove Dari Whatsapp Group Ini Memang Boleh Bikin Sentap

Kecoh semalam bila isu seorang bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, nak mengambl tindakan undang-undang kerana dikeluarkan (remove) dari sebuah kumpulan Whatsapp.

Ramai, termasuk saya sendiri yang mula-mula tu agak kritikal dengan kenyataan dan tindakan yang nak diambik bekas pegawai berkenaan.   Apatah lagi beliau adalah seorang terpelajar lulusan Havard.  Ada yang mengatakan kebudak-budakan, ada yang kata terlalu remeh, tidak kurang juga yang membangkitkan soal kebebasan bersuara dan menerima pendapat berbeza.

Tapi bila difikirkan balik, jauh di sudut hati kita semua, kena akuilah, “di removed” dari group Whatsapp ni memang boleh buat hati jadi sentap.  Apatah lagi kalau kena removed dari group Whatsapp berkaitan kerja, itu boleh diumpamakan seperti dipecat tau!!

Ini dibuktikan lagi dari komen khalayak ramai oleh sebuah stesen radio swasta pagi ini yang mendapatkan pandangan awam tentang perkara tersebut.  Majoriti memang tak puas hati kalau tanpa sebab, dikeluarkan dari group Whatsapp – situasi sama yang dialami bekas pegawai yang berkenaan.



Justeru, saya melihat sudut politik dari kenyataan tersebut. Saya berpendapat, ini bukan sangat tentang isu yang dibangkitkan bekas pegawai khas tersebut secara spesifik tapi lebih nak menarik perhatian umum tentang situasi sebenar kebebasan bersuara selepas regim baru mengambil alih Mei lepas.

Isu ini pada saya dalam bahasa lainnya lebih kurang berbunyi, “Kita tak payah cakap pasal kebebasan bersuara dari segi universal lah, cakap pasal kebebasan bersuara dalam kelompok yang lebih dekat dengan kita macam group Whatsapp ni, sememangnya dah makin teruk sekarang ni”.

Rasa saya, itu yang cuba nak disampaikan. Rasa orang lain? Saya tak peduli.



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker