Sampai bila kerajaan PH akan kambinghitamkan 1MDB ?

SEJAK Isnin lalu, akhbar Awang menyiarkan harapan rakyat sempena kedatangan tahun baharu 2019. Majoriti mereka termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bercakap soal kos sara hidup, mereka mahu kerajaan serius menangani masalah tersebut demi kesejahteraan rakyat.

Walaupun Awang akui ada beberapa insentif dilaksanakan oleh kerajaan mulai tahun ini termasuklah gaji minimum RM1,100 namun ia belum mampu menutup keresahan rakyat berhubung kos sara hidup.

Oleh itu kerajaan perlu melakukan sesuatu dalam perkara ini. Cukup-cukuplah memberi pelbagai alasan termasuk masih lagi menggunakan isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai ‘perisai’ untuk tidak menunaikan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Awang yakin rakyat sudah bosan mendengar ‘nyanyian lagu lama’ itu yang diputar berulang-ulang kali. Kita sudah melangkah ke tahun baharu maka cara berpolitik pun harus diubah. Sampai bila kerajaan mahu menjadikan 1MDB sebagai ‘kambing hitam’ bagi menutup kegagalan membela nasib rakyat.

Justeru gesaan pelbagai lapisan masyarakat yang mahu kerajaan menumpukan usaha kepada kos sara hidup ini perlu diberi perhatian. Tidak perlu lagi memberikan alasan dan hujah kerana ia tidak mampu mensejahterakan rakyat.

Jangan biarkan rakyat khususnya di luar bandar terus mengalami kesempitan hidup. Mereka tidak tahu soal politik, apa yang mereka tahu ialah bagaimana mahu mencari sesuap nasi kepada keluarga, oleh itu belalah nasib mereka.

Awang Selamat- suara rakyat
Utusan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker