Azab Buka Sekolah: Baru Sekarang Nak Cakap Pasal Perancangan Kewangan?

Share

Agak gelihati melihat penyokong regim yang cuba menjawab tentang soal kenaikan harga barangan persekolahan yang hebat dimainkan di media sosial. Puak yang sama mengutuk kerajaan BN dulu dalam isu yang sama, kini macam cacing kepanasan bila giliran mereka pula untuk menjawab bagi pihak regim yang seakan buta dan tuli dalam perkara ini.

Tapi paling tak tahan bila ada yang memberikan cadangan agar semua ibu bapa membuat perancangan kewangan sebelum buka sekolah. Eh, dah alasan yang sama digunakan penyokong BN dulu pulak kau mainkan balik?

Mana malu kau?

Isunya sekarang, tak kisahlah sebanyak mana pun perancangan kewangan yang dibuat, akan jadi tak berguna juga bila harga naik mendadak. Berapa banyak ibu bapa mengadu bajet buka sekolah anak masing-masing ‘burst’? Ramai.

Dengarlah di radio, baca di media sosial dan sebagainya, ramai yang mengadu begitu.

Itu baru persediaan, buka saja sekolah, dah macam-macam buku latihan, yuran dan pelbagai perbelanjaan lain yang kena dikeluarkan. Dahlah Bantuan Persekolahan 1Malaysia (tiada maksimum 4 orang anak) dah takde.  Tak cerita pasal kenaikan tambang bas sekolah lagi.

Naik, naik, naik, semuanya naik walaupun dikatakan kalau bertukar kerajaan dulu, rakyat akan hidup lebih senang.  Senanglah, kalau tidak, tukar kerajaan apa kejadahnya jika tidak ada apa yang berubah?

Difahamkan juga, bagi ibu bapa yang anak mereka akan mengambil peperiksaan besar (seperti SPM), akan ada lebih banyak duit yang nak dikeluarkan selepas ini atas permintaan pihak sekolah untuk pelbagai perkara (buku, kelas tambahan dan sebagainya) – situasi yang hampir tidak wujud dalam sesi persekolahan tahun sudah.

Kalau wujud pun dalam sesi persekolahan tahun sudah, maksudnya, tidak ada apalah yang berubah. Tapi, Malaysia baru dikatakan?

One thought on “Azab Buka Sekolah: Baru Sekarang Nak Cakap Pasal Perancangan Kewangan?

  • January 6, 2019 at 8:21 am
    Permalink

    kalau miskin, jangan buat anak ramai

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *