Ikat Jamin Satu Jaminan atau Hukuman?

Dato Sri Mohd Najib Razak

oleh Ab Jalil Backer

Ikat jamin hanya bertujuan supaya tertuduh tidak lari dari perbicaraan bukannya satu bentuk hukuman sebelum perbicaraan.

Sehingga hari ini Dato Sri Mohd Najib Razak sudah dikenakan ikat jamin sebanyak RM5.5 juta. Setiap kali pertuduhan beliau akan diminta wang jaminan sekitar RM1 juta walaupun tertuduh lain dikenakan jaminan yang kurang.

Pendakwaraya boleh sahaja meminta jaminan yang lebih rendah atau mengambil kira wang jaminan sebelum ini sebagai satu ikatan tidak melarikan diri.



Pasport Mohd Najib telah ditahan. Beliau juga seorang terkenal yang tidak mudah menyelinap keluar negara tanpa dikenali.

Najib Razak juga seorang tua berusia 65 tahun. Mustahil beliau akan naik tongkang atau bot pancung melarikan diri ke Indonesia.

Tadi diminta lagi wang jaminan RM1 juta. Jadi apa tujuan ikat jamin berjuta-juta ini? Hanya untuk jaminan atau bertujuan menghukum dan menekan tertuduh sebelum perbicaraan?

Nampaknya salah satu cara untuk menghalang keadilan ialah mengenakan Mohd Najib dengan puluhan tuduhan dan wang jaminan berjuta ringgit setiap pertuduhan.



Akhir nanti Mohd Najib akan masuk ke penjara kerana tiada lagi wang untuk membayar jaminan dan ini akan menyukarkan beliau menggunakan segala sumber pembelaan.

Tampaknya kerajaan dan pendakwaraya melakukan pendakwaan berlandaskan dendam dan kepentingan politik bukannya sebagai proses mencari keadilan.

Suatu hari nanti sejarah akan menghakimi kamu para pemabuk kuasa.

Tiada jaminan Dr M takkan kembali bersama ‘pengkhianat’, kata pemimpin Pemuda PKR



Related Articles

2 Comments

  1. Masa akan tiba jugak..lambat atau cepat. Doa orang teraniaya pasti diperkenankan. Satu hari segalanya akan terpalit ke muka mereka2 yang kianat tu sendiri. Tak kena diri anak bini pun boleh kena bala kerana aniaya. Mau lari mana..? Tak kena dunia, akhirat menanti. Tak mati ke..? Berapa lama boleh hidup lagi…? Harap DSN bersabar dan banyak berdoa. Moga Allah SWT beri kesabaran kepada DSN dan keluarga….

  2. Assalamualaikum,,datok,sy hrap datok brsabar,bg sy krajaan ari ni,xubah mcm crita dongeng mak lampir indon,,atau sjenis mnusia reptilia,rakyat yg memberi undi kpd PH dlu pn,adlh yg xtau erti brsyukur,jnis mnusia yg bongok,xreti nk fkir logik..sy akn brsama datok mperjuangkn UMNO.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker