Bukan Saja Paling Aman Tapi Juga Paling Bersih

Share

Sekarang saya percaya bahawa para penyokong PAS bukanlah orangnya yang menyebabkan kekotoran selepas setiap kali demonstrasi anjuran pembangkang diadakan pada masa yang lalu.

Ini dibuktikan bila perhimpunan membantah ICERD Sabtu lepas (dimana penyokong PAS dan UMNO terlibat), bukan saja mencatat sejarah sebagai perhimpunan yang paling ramai dan paling aman pernah diadakan, malah mencatat sejarah sebagai perhimpunan paling bersih (sekalipun dengan kehadiran beratus ribu orang).

Difahamkan hampir tidak banyak kerja yang perlu dilakukan pihak berkuasa tempatan berkaitan selepas perhimpunan ini kerana aspek kebersihan sangat dititik beratkan pihak penganjur dan peserta perhimpunan sendiri.

Selain hakikat bahawa perhimpunan itu diadakan dalam keadaan aman, faktor itu saja dengan sendiri menyumbang kepada perkara tersebut.  Kalau pembangkang yang dulu (selain PAS) berdemonstrasi, dengan penyokong mereka sendiri tu pengotor, bila keadaan jadi huru hara, sampah pun ikut sekali banyaknya sebab macam-macam benda yang dibaling kepada pihak berkuasa.

Boleh Google kalau tak percaya.

Sudah tentu dalam perhimpunan Sabtu lepas, kita tidak boleh menolak kebarangkalian ada anasir berkaitan regim yang menyusup dalam perhimpunan itu dengan membuang sampah merata-rata untuk mencemarkan kesuciannya dan kerana itu ada juga sampah yang terpaksa dibersihkan petugas berkaitan.

Tapi menurut dari beberapa mereka yang terlibat, jumlah mereka ini tidak banyak dan segalanya berada dalam keadaan terkawal.

Perkara ini boleh menjadi tauladan kepada penyokong regim sedia ada sekarang.  Nanti bila kamu jadi pembangkang semula, sudah ada contoh bagaimana mengadakan perhimpunan aman yang boleh dijadikan contoh.

One thought on “Bukan Saja Paling Aman Tapi Juga Paling Bersih

  • December 12, 2018 at 1:14 am
    Permalink

    terbaik, apabila umat Islam memakai baju putih kesedaran tentang kebersihan telah dihayati lebih mendalam

    demo bershit kotor kerana penyertaan golongan majoriti tidak beristinjak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *