Bos Gaurus bakal sarung jersi pink?

Vida ‘dirisik’ Perak FC

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman dikhabarkan bakal menjadi pemilik baharu Perak FC.

Bagaimanapun, Vida berkata pihaknya mahu meneliti terlebih dulu syarat dan rundingan yang akan diadakan sebelum memberi komitmen kepada pasukan bola sepak itu.

“Memang ada yang sudah risik (jadi pemilik baharu) dan saya pun memang minat. Apa-apa pun kena lihat dulu ‘deal’ bagaimana.

“Saya perlu kaji pro dan kontra jika beli pasukan itu. Jika kena gaya, saya pasti setuju,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau kini lebih berhati-hati sebelum melibatkan diri dalam industri bola sepak tempatan berdasarkan pengalamannya selepas menaja The Red Warriors (TRW) pada musim 2015 dan 2016.

Kerana ‘lari’ elak PKPD warga emas jangkiti 7 individu lain

Katanya, sebagai penaja atau pemilik, beliau tidak boleh berharap kepada situasi menang-menang yang akan memberi kelebihan kepada perniagaannya.

“Memang tiada ‘win-win situation’. Bola sepak kita bukan seperti di luar negara yang boleh jana pendapatan.

“Banyak perkara perlu saya fikir dan teliti sebab masalah utama kelab bola sepak di negara ini adalah membabitkan gaji pemain dan pengurusan.”

Vida sebelum ini pernah memiliki pasukan Kelantan pada 2015 hingga 2016. Semasa menjadi pemilik Kelantan, beliau diingati kerana mengecat Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu.

Selain itu, beliau turut mengubah warna utama jersi Kelantan daripada merah kepada merah jambu

Terdahulu, Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed mahu mencari pelabur untuk mengambil alih pasukan sebagai usaha mengatasi masalah kewangan mereka.

Penyokong Bos Gaurus mencadangkan beberapa nama untuk menerajui Perak antaranya bekas Menteri Besar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Ahmad Faizal Azumu, bekas Presiden PAFA, Abdul Puhat Mat Nayan dan bekas Pengurus Perak FA, Jamal Nasir Rasdi.

‘Jajaran Baru’ Bersama BN, Kami Tak Kebulor – Penyokong PH


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET


Tiada lagi zon hijau di semenanjung – KKM

Vaksin seramai mungkin, jangan tumpu imuniti kelompok – Dr Adeeba

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker