Status undian himpunan bantah ICERD di Facebook Mukhriz Mahathir FC dipadam?

Tindakan pengendali laman sosial Facebook Mukhriz Mahathir FC yang memadam status undian mengenai keperluan himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 diadakan atau sebaliknya menimbulkan tanda tanya dan perdebatan dalam kalangan netizen.

Undian tersebut yang dibuka pada pukul 8.30 pagi tetapi dipadam semula kira-kira pukul 4 petang itu mendapati sebanyak 84 peratus bersetuju perhimpunan itu diadakan manakala 16 peratus tidak bersetuju.

Keseluruhannya membabitkan sebanyak 46,000 yang mengundi.

Rata-rata netizen mempersoalkan di ruang komen status terbaharu laman Facebook tersebut mengapa undian tersebut dipadam sedangkan masih ramai yang belum membuat pengundian.

Sebelum itu, laman sosial Facebook Mukhriz Mahathir FC membuka ruang kepada orang ramai untuk mengundi mengenai keperluan diadakan himpunan ICERD pada Sabtu ini.

Status itu menyatakan seperti berikut:

“Perdana Menteri dan kerajaan telah memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan meratifikasikan ICERD. Bermakna kerajaan telah menolak ICERD di Malaysia.

“Jadi masih perlukah himpunan membantah ICERD diadakan pada 8 Disember ini. Ada dua pilihan Vote klik pada perlu atau tidak. Kerjasama anda amat dihargai,” tulis status tersebut. – UTUSAN ONLINE

2 thoughts on “Status undian himpunan bantah ICERD di Facebook Mukhriz Mahathir FC dipadam?

  • December 7, 2018 at 5:35 pm
    Permalink

    perhimpunan bantah icerd adalah perlu, ianya merupakan satu permulaan…semangat umat Islam akan terus berkobar menentang kerajaan liberal & kufar ph kerana dalam perhimpunan membantah icerd esok para pemimpin Islam dari PAS, UMNO & NGO akan memberitahu serta menyedarkan umat Islam betapa dihari mendatang akan berlaku lebih banyak balas dendam dari kerajaan liberal & kufar ph terhadap Islam & umatnya kerana menentang icerd

    balas dendam lebih ketara sedang dilakukan kerajaan liberal & kufar ph…ketika ini mereka cuba menghukum bekas menteri pertahanan dengan kesalahan kerana memberi sokongan & bantuan(bukan ketenteraan) kepada kerajaan Arab Saudi yang mahu mengekang penguasaan & ancaman syiah di Yaman yang disokong(ketenteraan) iran

    amerika yang diketahui kafir laknat tidak membantah apa dilakukan Arab Saudi, apakah boleh dikata kerajaan liberal & kufar ph di Malaysia terlebih kafir laknat dari amerika?

    Reply
  • December 7, 2018 at 10:08 pm
    Permalink

    boboi telah mendapat kemaluan besar sebab itu dia tutup

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *