Pemakan Dedak dan Kualiti Intelek

Share

oleh Ab Jalil Backer

Orang kuat Media Prima, Mustapha Kamil, menulis bahawa tiada perkara baharu dalam Bajet 2019 kerana duit telah habis bayar hutang.

Agaknya semacam sumpahan bila makan dedak sahaja terus ternampak tidak cerdik.

Bagaimana beliau boleh mendakwa duit telah habis sedangkan Bajet 2019 adalah bajet terbesar pernah dibentangkan iaitu RM314.5 bilion berbanding Bajet 2018 hanya RM280.15 bilion.

Malah dalam Bajet 2019 peruntukan pembayaran hutang juga berkurangan berbanding bajet 2018.

Jadi apa kejadah alasan duit habis bayar hutang?

Sebaliknya, Bajet 2019 memperuntukan RM259.85 bilion untuk pengurusan. Ini merupakan RM25.6 bilion lebih tinggi dari perbelanjaan mengurus dalam Bajet 2018 (RM234.25 bilion).

Dalam pilihan raya lalu mereka berkempen bahawa perbelanjaan pengurusan boleh dikurangkan dengan mengurangkan ketirisan dan rasuah.

Anehnya, apabila memerintah mereka menambah bajet pengurusan walaupun tiada kenaikan gaji, tiada bonus seperti bajet lalu dan bantuan kepada rakyat dikurangkan.

Jika ikut teori mereka bermakna mereka merancang untuk mewujudkan ketirisan dan rasuah yang lebih besar.

Nasib petani, nelayan, peneroka, penternak dan golongan bawahan di pandang sebelah mata sahaja dalam Bajet 2019. Namun pemakan dedak mencari jalan cuba mempertahankannya.

Selamat makan dedak. ?

Leave a Reply