Selamat Tinggal Bantuan Persekolahan RM100

Sejak 2012, Kerajaan BN membantu persiapan persekolahan anak-anak rakyat dengan memberikan bantuan sebanyak RM 100 kepada setiap murid setiap tahun.  Mula-mula ia dilaksanakan, semua sekali murid-murid dapat tapi setelah beberapa tahun, ditukar kepada keluarga dengan pendapatan RM 3,000 kebawah sahaja tapi pokok pangkalnya dapat.

Tahun lepas sebagai contoh, walaupun bajet 2018 hanya sebanyak RM 280 billion lebih sikit dan kadar GST hanya sebanyak 6% sebagai punca utama pendapatan kerajaan (berbanding SST 6%-10%), kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mampu memberikan bantuan awal persekolahan ini dengan peruntukkan sebanyak RM 328 juta.

Walaupun hanya RM 100, ia banyak membantu murid-murid terutama yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah. Kalau seorang anak RM 100, 5 orang dah RM 500, banyak membantu tu.  Anak-anak dapat bantuan persekolahan, ibu bapa dengan julat pendapatan bawah RM 4,000 pula, dapat BR1M sehingga RM 1,200, ya Allah, bertuahnya.

Peliknya, macam itu punya bertuah pun ada juga yang tak berpuas hati dan menukar kerajaan dengan anggapan akan beroleh yang lebih baik.  Apakah lebih baik yang mereka dapat dari pembentangan bajet 2019 petang tadi?  Lu fikirlah sendiri.  Tapi dari apa yang kita diberitahu, bantuan persekolahan ini tidak ada disebut.

Tak hairan Presiden UMNO, Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi kata bajet itu bukan bajet rakyat.

Dalam masa yang sama kita terfikir, bayangkanlah kalau Najib masih lagi memerintah dan dengan peruntukan dalam bajet yang melebihi RM 300 billion seperti itu, agak-agak, berapa anak-anak rakyat akan dapat?  Mesti lagi banyak kan?

2 thoughts on “Selamat Tinggal Bantuan Persekolahan RM100

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *