Melompat, Tidak Ubah Hakikat Menang Atas Tiket UMNO/BN

Kita masih menunggu berlakunya kejadian puluhan Ahli Parlimen UMNO yang dikata akan melompat masuk ke sebuah parti lain seperti yang heboh diwar-warkan tempoh hari.

Sejak kecoh mengenai beberapa hari sudah, isu tersebut senyap begitu saja, seolah ada benda berlaku di belakang tabir – yang tak sepatutnya terjadi kalau betul isunya tentang hilang kepercayaan terhadap UMNO.  Adalah satu dua perkara tentang sama ada budaya UMNO akan dibawa masuk dan sebagainya yang disebut, tapi semua kita tahu ini bukanlah isunya.

Ini tentang pergelutan kuasa.  Bertanding dalam pilihanraya, menang tak banyak, jadi apa yang lebih mudah selain cari jalan agar ahli parlimen parti lawan melompat – bagilah apa alasan pun, kita semua boleh tahu apa yang berlaku.

Apa pun, sekiranya terjadi sedemikian, ahli-ahli UMNO dan rakyat harus tahu bahawa perkara itu kadang-kadang (silap-silap majoriti besar darinya) bukanlah sangat atas kerelaan mereka yang terbabit, mungkin sebab takde pilihan atau takut, kita tak tahu.  Ini tentang pihak yang lemah mahu mengukuhkan kedudukan di kalangan yang kuat.



Tidak ada satu sistem yang sempurna dan demokrasi juga tidak terkecuali.  Lagipun, melompat macam mana pun tak ubah  hakikat bahawa mereka dulu dipilih rakyat atas tiket UMNO/BN.  Lagipun yang kedua, kalau hari ini boleh melompat masuk situ, boleh juga kemudiannya melompat masuk sini.

Yang penting sekarang ialah untuk rakyat membuat perbandingan antara dua pemerintahan ini, dulu dan sekarang, yang mana lebih baik,  Tak payah jauh-jauh, tengok harga gas masak cukup, tak berapa dulu berapa, sekarang berapa?

Lompatlah macam mana pun.



Related Articles

One Comment

  1. sekarang ini semasa jadi PM(boss), semua kena angguk setuju bila mahafiraun mahathir nak jambatan bengkok & kereta nasional ke 2…tujuan nakkan 40 ahli parlimen UMNO sebab mahafiraun mahathir nak terus jadi boss walaupun bekas penjenayah liwat dah jadi PM nanti…14 campur 40 jadi 54, maknanya ppbm ialah boss…juga maknanya nanti kalau mahafiraun mahathir & ppbm nak kerajaan PH bailout(antara satu contoh) mana2 syarikat kroni atau anaknya maka kerajaan kenalah buat…akan dibuat secara rahsia atau senyap2, duit petronas, khazanah atau 1MDB kan ada dah balik balik nanti

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker