Hutang negara naik satu kali ganda : Ini jawapan Najib

Saya perhatikan ada yang mengkritik saya kerana hutang kerajaan naik satu kali ganda dalam tempoh 9 tahun saya sebagai PM dan mendakwa itu adalah bukti kerajaan BN tidak mengawal negara dengan baik.

Oleh kerana kebanyakan rakyat marhaen tidak memahami isu-isu ekonomi dan fiskal negara, mereka mudah dihasut dan dipergunakan.

Secara amnya, apabila saiz ekonomi berganda, hutang kerajaan juga akan berganda kerana saiz ekonomi yang besar boleh menampung hutang yang lebih besar manakala keperluan kos untuk terus membangunkan ekonomi tersebut juga bertambah.

Kita lihat carta-carta jumlah hutang kerajaan untuk beberapa negara seperti Singapura, Perancis dan Amerika Syarikat. Hutang mereka juga berganda di dalam tempoh 10 tahun yang lalu – sama seperti Malaysia.



Oleh itu, hutang kerajaan biasanya dihitung dengan nisbah hutang berbanding KDNKK iaitu saiz ekonomi.

Sebagai contoh, kita guna nisbah 50%. Jika KDNK ialah RM500 bilion maka nisbah 50% menunjukkan saiz hutang ialah RM250 bilion. Jika saiz ekonomi berganda menjadi RM1 trilion maka nisbah 50% memberi saiz hutang sebagai RM500 bilion.

Kini saiz ekonomi kita sudah hampir RM1.3 trilion.

Oleh itu, saiz hutang kerajaan Malaysia sebenarnya terkawal jika dibanding dengan saiz ekonomi.



Sebab itu jugalah mengapa pakar ekonomi bank dunia yang melawat Malaysia bulan lepas mengeluarkan kenyataan bahawa hutang Malaysia tidak tinggi dan luar biasa.

Ramai juga tidak berpengetahuan bahawa dalam tempoh 22 tahun sebagai PM ke-4, saiz hutang negara sebenarnya naik 7 kali ganda.

Di dalam 22 tahun ini, hanya 5 tahun sahaja yang kerajaan tidak mengalami defisit bajet dan itupun, ianya hanya melibatkan lebihan yang agak kecil. Kesemua lebihan terkumpul untuk 5 tahun ini semua dihapuskan dalam tahun-tahun berikutnya di mana defisit kerajaan sangat tinggi akibat krisis ekonomi yang melanda negara pada masa itu.

Seperti yang saya sebut tadi, walaupun saiz hutang negara naik 7 kali ganda di dalam 22 tahun PM ke-7 memerintah, saiz ekonomi juga meningkat untuk menampung peningkatan atau penambahan hutang.



Rakyat perlu tambah pengetahuan tentang hal-hal ekonomi untuk tidak mudah dipergunakan dan dihasut serta diperdaya dengan propaganda.

#Bajet2019

NAJIB RAZAK



Related Articles

One Comment

  1. bodohnya rakyat Malaysia yang pilih PH jadi kerajaan sebab tak faham apa diperkatakan Najib
    Singapura yang kecil pun hutang lebih 1 trillion(SGD), lebih 2 kali ganda dari Malaysia

    ikhlas dari MELAYU SINGAPURA(hanya tinggal nama)

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker