Macai’ Guan Eng kata SST turun harga barang – Najib

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi bukti bahawa Setiausaha Politik Menteri kewangan, Tony Pua merupakan pihak yang pernah berkata, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) boleh menurunkan harga barangan.

Bukti yang dikemukan Najib itu susulan permintaan Lim Guan Eng semalam yang meminta pembangkang tampil bahawa beliau pernah berkata SST mampu menurunkan harga barang.

“Saya belek berita lama terjumpa ini. Hebat juga strategi komunikasi mereka. Lain orang lain cerita.

“Setiausaha Politik dan ‘macai’ Lim Guan Eng (bukan saya kata tapi dia sendiri kata) pernah kata SST akan turunkan harga barangan. Apa cerita sekarang ini? Kata Najib dalam Facebook beliau hari ini.



Guan Eng dalam Dewan Rakyat semalam mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa tiada jaminan harga barang akan turun selepas pelaksanaan SST.

Susulan itu, Guan Eng mencabar mana-mana pihak menunjukkan bukti sekiranya beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa harga barang akan turun selepas pelaksanaan SST.

“Lim Guan Eng berani pula tanya sejak bila kata SST akan turunkan harga barangan. Dia siap cabar untuk tunjukkan bukti.

“Kadang-kadang kenyataan-kenyataan yang YB-YB Kerajaan keluarkan sekarang ini, saya rasa macam saya perlu periksa balik pendengaran saya, betulkah mereka cakap begitu? Kata Najib.



Najib mendakwa hidup rakyat semakin susah dengan SST.

Beliau turut bertanya, sama ada rakyat mendapat manfaat melalui penggantian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan SST.

Najib berkata, kerajaan hari ini tidak mempunyai kutipan hasil yang cukup untuk membantu rakyat dan beliau turut risau dengan cukai baharu yang akan diperkenalkan kerajaan yang akan membebankan rakyat.-UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/macai-guan-eng-kata-sst-turun-harga-barang-najib-1.768374#ixzz5U3Vc2xYb



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker