Ramai Orang PD Teruja Sebab Tahu Anwar Bakal PM?

Share


 

Dari pemerhatian di media sosial, nampak seperti ramai netizen yang mengaku sebagai pengundi dalam PRK PD semalam, memberikan undi mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau adalah bakal Perdana Menteri yang seterusnya.

Masing-masing difahamkan begitu teruja kerana Negeri Sembilan ini tak pernah ada seorang Perdana Menteri yang datang dari situ – walaupun hanya atas nama penyandang kerusi Parlimen sebab Anwar berasal dari Pulau Pinang.

Tidak hairanlah berbanding 3 PRK yang lepas dimana majoriti diperolehi calon yang menang, merosot dengan teruk berbanding PRU14, Anwar pula meningkatkan jumlah majoriti undi daripada 17,710 undi kepada 23,560 undi.

Menariknya, di kawasannya sendiri pun di Permatang Pauh pada tahun 2013 (kali terakhir Anwar bertanding sebelum yang ini), majoriti Anwar hanya 13 ribu undi lebih sikit saja.

Semua ini  berlaku difahamkan atas keterujaan pengundi PD untuk melihat Perdana Menteri yang seterusnya adalah dari kawasan mereka.

Ikut kata beberapa kenalan yang ada disitu, bukan orang tak marah dengan pelbagai janji yang tidak dilaksanakan dalam manifesto PRU14, tapi mereka menganggap semua itu berlaku kerana bukan Anwar yang memimpin.

Kalau Anwar memimpin, mungkin cerita lain kata mereka.  Termasuklah dalam isu tol percuma dan sebagainya itu.

Ini kata merekalah, sebab itu disimpulkan seperti mana tajuk di atas.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *