Kos Selenggara Kenderaan Di Era SST Umpama Mimpi Ngeri?

Share


Seorang kawan semalam mengadu kos yang terpaksa beliau bayar untuk menggantikan 4 buah tayar kereta jenama tempatan bersaiz 15”, mencecah RM 940.00!  Asal nak ganti dua biji saja tapi tayar belakang walaupun bunga masih tebal, dah retak-retak, kenalah ganti sekali.

Gila macam mana ganti 4 biji tayar sehingga RM 940 tanya saya, guna tayar kereta lumbakah?  Tidak kata dia, hanya tayar biasa.  Tak tanya taukeh kedai kenapa mahal sangat, tanya saya lagi?  Dia kata, dah masuk kos SST 10%.

Oh.

(Berbanding jenis/jumlah tayar yang sama dibayar lebih 6 bulan yang lalu, difahamkan hanya sekitar RM 700 – RM 800 sahaja – dengan 6% GST lagi tu).

 

Seorang rakan yang lain, mengadu dikenakan RM 800 untuk caj membaiki penghawa dingin kenderaannya yang rosak.  Tidak banyak barang pun, hanya coil, filter, condenser dan minyak-minyak yang perlu sahaja, dah RM 800.

Bab baiki penghawa dingin yang rosak itu, saya payah sikit nak komen sebab bukan benda kebiasaan macam tayar tadi.  Tapi secara umumnya, harga compressor (2nd hand) pun tak mahal macam itu!

Compressor lah sebab dalam bab penghawa dingin kereta ini, itulah komponen yang orang paling takut sekali kalau rosak pun pasal mahal.

 

Moral dari semua kisah ini adalah, nampak seperti kos menyelenggara kenderaan di era SST ini dah macam mimpi ngeri.  Menariknya, semua kenderaan dan tayar yang terlibat di atas adalah keluaran tempatan, bukan jenis yang pelik-pelik pun, tapi masih mahal juga.

Dahlah minyak tak turun harga.

Nasihat saya kepada mereka, itulah rugi bila Najib tak lagi jadi Perdana Menteri, kalau tidak, boleh salahkan beliau dengan semuanya kan?  Sampai sekarang kedua mereka tak hubungi saya lagi, putus kawan agaknya.


2 thoughts on “Kos Selenggara Kenderaan Di Era SST Umpama Mimpi Ngeri?

  • September 28, 2018 at 5:48 pm
    Permalink

    Zaman ini peniaga cekik leher dan hisap darah pelanggan atas alasan SST siaaaaaaaaaal.

    Dulu kita tahu peniaga mana bayar GST pada krjn…hari ini kita tak tahu adakah benar mereka bayar wang kutipan sst ini pd krjn !!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *