Pusat Tahfiz: Kalau Haram, “Halalkanlah”, Jangan Tutup

Kerajaan BN selama hari ini tidak menyekat sesiapa membuka pusat tahfiz. 60 tahun perintah, rasanya belum pernah dengar lagilah. Mungkin ada tapi mungkin juga sudah terlalu lama, itu yang Google tak jumpa.  Ada sekali dulu kontroversi berkaitan Sekolah Agama Rakyat  (SAR), tapi bukan ditutup, cuma peruntukan kepadanya dari kerajaan pusat diberhentikan.

Lagipun nak tutup pasal apa? Sekalipun dikatakan “haram”, pusat tahfiz saja pun.  Rumah urut dan pusat perjudian haram bersepah, tak kecoh pulak nak tutup?

Maka itu, saya sokong usaha kerajaan negeri Perak kerana membuat keputusan untuk terus tidak menutup pusat tahfiz “haram” di negeri tersebut, sebalik memberi masa dan peluang kepada pengusahanya mematuhi semua peraturan bagi meneruskan operasi.

Ya, Perak bukan negeri yang diperintah BN dan saya masih menyokong. Dalam hal berkaitan agama ini, perbezaan politik perlu diketepikan.



Justeru saya gesa semua negeri lain yang tidak diperintah oleh BN untuk turut sama meniru langkah yang diambil kerajaan negeri Perak.

Yang gesa-gesa nak tutup ni apasal?

Dalam masa yang sama, ada pesta arak akan (atau sudah) dilangsungkan, katanya di Selangor. Difahamkan, ada kenyataan (katanya dari Menteri) tular di media sosial yang antara lain menyebut, tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan penganjurannya.

Jangan salah faham, saya tidak langsung membantah penganjuran pesta arak tersebut cuma bertanya, kalau boleh dipermudahkan yang ini, kenapa tidak dalam hal pusat tahfiz yang dikatakan “haram” tu?  Kalau prasarananya buruk, bantulah bagi cantik, kalau pendawaiannya teruk, bantulah bagi elok.  Kan mulia kerjanya tu?



Anyway, pusat tahfiz, haram? Pesta arak, takde apa boleh dilakukan? Dunia, dunia.

sumber gambar – Internet



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker