Ekonomi Kukuh? Naikkanlah BR1M & Gaji Minimum Kalau Betul!!

Saya perlu akui, sejak BN tidak lagi menjadi kerajaan, saya tidak lagi membaca suratkhabar atau menonton berita TV tempatan.  Boring, balik-balik benda sama.  Sepertinya, macam-macam buruk pasal Najib disiarkan, tapi bila Najib bagi penjelasan, tak pulak disiarkan. Kata Malaysia baru, apa yang baru?

Tapi saya tetap mengikuti perkembangan semasa dalam negara melalui medium-medium lain yang lebih terbuka.

Itu yang saya dapat tahu ada Menteri parti lawan mendakwa ekonomi negara makin kukuh selepas 4 bulan mereka memerintah.  Ini kelebihan guna internet untuk dapat berita, bila benda macam ini keluar, kita boleh terus siasat, betul ke tidaknya.

Banding kalau perkara itu keluar di TV, dah satu hal pulak nak mencapai telefon dan sebagainya untuk memeriksa kebenaran kenyataan itu.  Lagipun, mana ada orang tengok telefon sambil tengok TV, berita pulak tu?

Apa yang saya lihat, sementara dia berkata ekonomi kukuh, matawang kita sedang jatuh dan rakyat dikenakan cukai lebih tinggi melalui SST (6%-10%). Kukuhkah macam ini?

Bukan itu saja, banyak juga perkembangan lain seperti nak menghapuskan BR1M secara beransur-ansur, subsidi minyak selepas ini hanya kepada motorsikal dan kereta bawah 1300cc seperti dalam manifesto (boleh pulak ikut manifesto), disamping harga barang masih mahal dan seperti itu, membayangkan sebaliknya.

Lainlah kalau diumumkan ekonomi kukuh dan maka itu BR1M ditambah, hutang PTPTN dihapuskan ke macam mana, boleh tahanlah jugak.

Bagi rakyat biasa, neraca ekonomi kukuh tak kukuh ni hanya bila kita nampak “kekukuhan” itu beri kesan kepada diri kita – lagipun, bukan semua kita ni mengaji ekonomi pun sehingga nak faham parameter-parameter yang digunakan menilai kukuhnya ekonomi ni.

Contoh, gaji masih sama tapi baki lebih banyak dari dulu.  Atau, kalau gaji masih takde baki pun, tapi itu kerana kualiti hidup dah semakin meningkat.  Dulu pakai 1 kereta, sekarang 2 kereta, dulu rumah kecil sekarang rumah besar dan sebagainya, itu yang gaji masih takde baki tu walaupun “ekonomi kukuh”.

Nak tanya secara jujur, berlakukah semua ini kepada kita sekarang?  Kalau tak, kukuhlah sangat!

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker