ECRL: Pampasan Dibayar Kerana Projek Dibatalkan, Itu Saja

Dakwaan kononnya pampasan tinggi terpaksa dibayar (menggunakan wang rakyat) lanjutan dari penamatan projek ECRL kerana tidak ada “escape clause” dalam perjanjian mengenainya antara kerajaan China dengan Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak dulu, pada pendapat banyak pihak yang dapat dilihat di media sosial, adalah satu tanggapan yang salah.

Umumnya, tidak ada escape clause dalam dunia yang akan menguntungkan pihak yang menamatkan perjanjian secara tiba-tiba, kalau ada ada, sila tunjukkan dimana, satu contoh pun cukup.  Tol tak naik setiap 3 tahun sekali pun, wang rakyat digunakan untuk bayar pampasan yang tinggi kepada syarikat konsesi.

Kalau ada escape clause yang boleh mengelakkan wang rakyat digunakan untuk membayar pampasan setiap kali tol tak naik, baik ada dah kan?  Itu cakap pasal perjanjian dalam negara tu, ini pulak perjanjian dengan negara asing, escape clause macam mana yang dimaksudkan?

Hakikatnya, pampasan terpaksa dibayar sebab projek itu dibatalkan, itu saja.  Kalau tak dibatalkan, tidak adalah pembayaran pampasan.  Semudah itu saja ceritanya, nak pusing-pusing pun buat apa, bukan semua orang uneducated dalam negara ni.



Jangan kata projek berskala tinggi seperti ini, projek buat jamban dalam rumah pun kalau tiba-tiba dibatalkan tanpa sebarang alasan yang munasabah, tuan rumah terpaksa bayar pampasan kepada kontraktor atas segala perbelanjaan awal yang telah dikeluarkan.

Ini pulak projek mega macam ECRL.

Dalam masa yang sama, saya bersimpati dengan semua pekerja yang terlibat dalam projek ECRL ini terutama sekali pekerja-pekerja tempatan dan keluarga mereka yang hampir pasti kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan akibat dari pembatalan projek tersebut.  Mungkin tak sampai ke tahap tak makan tapi akan adalah kereta yang terpaksa ditarik, pinjaman yang tidak dapat dibayar dan sebagainya.

Memang menyusahkan.  Nak kembali ‘normal’ tu entah bila, sementara tu nak dibuatkan macam mana?



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker