Pembatalan ECRL hukuman terhadap negeri-negeri pembangkang – Ka Siong

Timbalan Presiden MCA hari ini menyifatkan keputusan Kerajaan Pakatan Harapan membatalkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) satu bentuk hukuman terhadap tiga negeri yang dikuasai pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, perlaksanaan ECRL membawa manfaat kepada ketiga-tiga nergeri tersebut iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menurut beliau, persoalan tersebut timbul selepas menonton satu video yang menunjukkan status penyiapan projek ECRL yang penting yang telah diedarkan semalam.

“Ramai rakyat Malaysia menyatakan bahawa ia adalah satu pembaziran untuk membatalkannya sekarang yang mana keputusan itu akan mengakibatkan negara perlu membayar penalti pembatalan RM22 bilion.

“Rakyat Malaysia perlu diberikan semua fakta agar kita dapat menilai sama ada dakwaan Pakatan Harapan mengenai projek berkenaan berasas dan benar.

“Fakta-fakta tersebut juga akan membuktikan bahawa langkah Kerajaan PH membatalkan ketiga-tiga projek itu adalah keputusan yang tepat,’ kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.

Pengumuman pembatalan ECRL dan projek-projek infrastruktur yang ditandatangani bersama China dengan Malaysia semasa Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, dibuat Tun Dr. Mahathir Mohamad pada akhir lawatan rasmi beliau ke China kelmarin.

Perdana Menteri berkata, beliau telah menjelaskan mengenai keputusan tersebut kepada Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang dan mereka memahami sebab-sebab pembatalan dua projek yang disokong kerajaan China itu.

Menurut beliau, projek-projek berkenaan membabitkan peruntukan wang yang besar dan Malaysia tidak terlalu memerlukannya pada masa ini berikutan kedudukan kewangan negara dengan jumlah hjutang yang tinggi yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker