Akaun Umno Pekan untuk derma jamin Najib dibeku

Sebuah akaun bank yang dibuka Umno Pekan untuk membantu membayar wang ikat jamin ketua bahagiannya dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan telah dibekukan.

Ketua Wanita Umno Pekan, Zalmah Abdul Rahman berkata, beliau hanya mengetahui pembekuan akaun tersebut pagi ini.

“Ini (pembekuan akaun) hanya di Pekan, saya tidak tahu mengenai tempat lain, tetapi akaun ini dibuka oleh Umno Bahagian Pekan,” Zalmah dipetik sebagai berkata oleh Malay Mail.

Walau bagaimanapun, tabung derma Najib yang diikhtiarkan bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

Razlan memberitahu Malaysiakini jumlah sumbangan terbaru yang diterima hanya boleh diperiksa pada hari Isnin ini.

Setakat jam 5 petang semalam, dana itu telah mengumpul derma berjumlah RM223,908.

Derma itu bertujuan membantu Najib membayar wang ikat jamin berjumlah RM1 juta pada hari Isnin.

Najib telah membayar ansuran pertama RM500,000 pada hari Rabu lalu selepas meminta untuk dibicarakan mahkamah terhadap tiga pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Pendakwaan terhadap Najib berkaitan dengan kes SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Mkini

3 thoughts on “Akaun Umno Pekan untuk derma jamin Najib dibeku

  • July 8, 2018 at 12:01 AM
    Permalink

    Tiada masalah

    Celia Chang boleh membantu

    Reply
  • July 8, 2018 at 9:15 AM
    Permalink

    Kenapa lah busuk hati sgt tun m ni. Nampaknya sengaja nk cari jalan utk masukkan najib ke penjara melalui jalan yg x adil. Jika najib x dapat bayar jaminan kenalah najib duduk dlm penjara sehingga tarikh perbicaraan pd tahun depan. Mana dia keadilan yg dilaung2 kan. Najib jujur sgt, ikut saja rule of law, tapi rule of law itu yg sebenarnya telah dimanipulasi melalui kuasa yang mereka ada. Dapat perintah malaysia, bukan kesejahteraan rakyat yg diutamakan tetapi dendam kesumat yg diutamakan. X peduli akan saham yg telah jatuh merudum dan penarikan balik oleh pelabur asing yg sehingga kini mencecah 10 billion. Perkala ini berlaku bukan disebabkan ekonomi global tapi disebabkan oleh tindakan kerajaan baru yg tidak sepatutnya dilakukan seperti pengumuman hutang 1trilion, kenyataan2 utk membalas dendam, pembatalan projek2 mega dan lantikan menteri yang x boleh dibaca akan tindakan2 positif akan dilaksanakan.
    Ya allah, kau hentikanlah tindakan2 oleh mereka yang tidak berperi kemanusiaan ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

    Reply
  • Pingback:Akaun Umno Pekan untuk derma jamin Najib dibeku | Malaysia Updates News Portal

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.