Dua Kali Jadi PM Masih Belum Mampu Tundukkan Pas

Subki Latiff

*Perlawan pusingan kedua antara PAS dan Tun Mahadir @PH/BN 2.0.*

PAS sudah berpengalaman berhadapan dengan Tun, perlawanan kali ini adalah *pusingan kedua*, pusingan pertama berlansung selama 22 tahun, Tun telah gunakan seluruh kekuatan yang ada namun *gagal memberikan pukulan tko kepada PAS*, PAS tetap meneruskan perlawanannya meskipun Tun diganti oleh pemain lain yang lebih segar.

PRU 14 menyaksikan Tun sekali lagi beraksi tetapi mewakili *ph@BN 2.0* bukan lagi umno tulin, libasan Tun masih berbisa namun bukan PAS yg terkena libasannya tapi *Umno parti lama Tun yang tko*, terduduk dan kehilangan gigi. PAS masih seperti dulu dan sehingga kini terus menyambung perlawan dengan Tun dipusingan kedua ini.

PAS kenal siapa Tun dan tau gerak geri serta pukulan maut untuk dia rebahkan lawannya. *Dia pernah rebahkan Anwar Ibrahim* yg dianggap sebagai saingan politiknya didalam umno, libasannya menyebabkan anwar Ibrahim merengkok dalam penjara diatas tuduhan liwat, walaupun pada awalnya orang tak percaya namun Tun berjaya menjadikan orang sentiasa menyebut bahawa anwar ibrahim dipenjarakan kerana *kesalahan meliwat.*

Tun juga berjaya melahirkan legasinya Najib Razak untuk meneruskan pukulannya terhadap anwar ibrahim sehingga akhirnya sekali lagi *anwar dipenjarakan* atas tuduhan yang sama tetapi melibatkan orang lain pula lalu merengkoklah anwar dalam penjara Sg Buluh atas tuduhan yang memalukan ini, ini *hebatnya libasan Tun.*

Tun bukan takde kelemahan, bukan takde skandal tapi banyak..skandal *BMF, Forex, perwaja* dan lain2, termasukkan isu yang meletakkan nama Tun sebagai pemimpin yang *mahazalim* iaitu isu Memali, tapi Tun dapat tutup semua itu kerana *Najib Razak tak buat kepada dia sewaktu jadi PM* sebagaimana Tun buat kepada Najib Razak ketika Tun diangkat menjadi PM.

Bezanya bila Najib Razak jadi PM Tun masih lagi Umno dan Najib Razak juga Umno, maka tak mungkin Najib akan buat tindakan terhadap Tun sebab sama2 Umno, bila Tun jadi PM kali kedua, *Tun lerahkan habis seluar Najib Razak* disebabkan Tun ketika itu bukan Umno lagi, kalau Najib itu PH pastinya apa jua keburukan Najib akan Tun sembunyikan sebagaimana *Tun sembunyikan kejahatan pemimpin Ph* sekarang.

Yang menariknya kali ini *regu Tun masih sama* sebagaimana regu Tun lawan PAS round pertama, mungkin Tun rasa tak berpadanan keseorangan, maka regunya telah disucikan sebagaimana *Tun disucikan oleh Ph* setelah dia dimandikan dengan air suci kolam gabungan Pan, pkr dan dap, Maka Tun dianggap tidak lagi bersalah kerana menuduh anwar meliwat dan ia telah dianggap *luka kecil* sahaja.

*Kesalahan Tun dalam skandal BMF, Firex dan lain2 juga dianggap suci*, semua pemimpin selain ph yg berharta dianggap tamak manakala *kekayaan Tun dan anak-anaknya dianggap zuhud oleh Ph* kerana Tun telah suci. Inilah kehebatan Tun yg tiada pada orang lain, *LKS, LGE dan Anwar yang seketika lancang mulutnya mengecam Tun akhirnya terpaku dibuku lali Tun.*

Satu-satunya parti yang paling lama menentang Tun ialah PAS, dendam Tun pada PAS sampai tua, *mudah2an tidaklah sampai kemati*, sebab bimbang juga mati dalam keadaan menentang perjuangan Islam. Masa Tun terdesak dan tersedak dulu Tun diberikan ruang oleh PAS utk berceramah diatas pentas PAS. Tapi *Tun jenis tak kenang jasa* sama macam Anwar Ibrahim juga.

Tun marah sangat kat PAS sebab *PAS satu-satunya pasti yang tak pernah tunduk pada Tun*, dipusingan pertama Tun dah buat serangan bertubi terhadap PAS, puncak kemarahan dan kebencian Tun hingga sanggup membunuh ahli dan penyokong PAS diMemali, tapi ahli PAS masih tegar menentang kezaliman Tun.

Sehingga ketika Tun sertai PH pun dia tetap serang PAS bahkan tentera Ph kelihatan lebih banyak menyerang PAS daripada menyerang Umno, akhirnya serangan bertubi keatas PAS menyebabkan parti lama Tun yang terduduk, *PAS tetap diposisinya malahan menapak sedikit lagi kehadapan*.

Tun dah jadi PM bagi kali yang kedua, mencatat sejarah PM tertua dan terkedua kali jadi PM. Pusingan kedua ini apa pula startegi Tun untuk musnahkan PAS, *Tun menjadi melayu yang lupa tentang puisi sendiri* sehingga Tun lupa bahawa PAS yang Tun lawan sejak mudanya ini adalah parti Islam, parti yang dasarnya adalah Al Quran, Hadis, Ijma dan Qias.

Tun pastinya tidak lupa bahawa PAS ni bukan Tuhan, sebab itu Tun sangka Islam yang PAS bawa ni boleh dihapuskan, cuma yang Tun mungkin lupa bahawa ialah Islam ni agama yang diturunkan oleh Allah swt bukan diturunkan oleh PAS, PAS cuma menjadikan agama sebagai matlamat perjuangannya. Tun rasa dia kuat untuk kalahkan PAS sehingga *Tun lupa nak ukur antara kekuatan dia dan kekuatan Allah swt* yang telah menurunkan Islam dan memelihara nya dan yang menjadi dasar kepada perjuangan PAS.

Related Articles

One Comment

  1. Aku rasa penulis tak sedar yg Tun M masuk semula gelanggang politik ialah kerana mahu jatuhkan Najib yg sedang merompak dan menyamun harta rakyat dan negara. PAS juga tidak sedar dan tahu serakah Najib itu.

    Jika penulis merasa PAS hebat, berjaya pertahankan diri dari libasan Tun M, aku syorkan penulis buat perbandingan prestasi PAS semasa PRU 14 dan yg sebelum2nya. Berapa peratuskah undi sokongan kepada PAS sudah meningkat, di mana, atas kekuatan apa?

    Bagi aku segalanya hambar saja. PAS dapat merampas kuasa di Terengganu dan menambah kerusi di Kedah hanya atas faktor undi UMNO terpecah dua.

    Ini sedikit data dari Kedah:
    1. Faktor terpecah undi UMNO ini membuat PAS menang di 10 kawasan di Kedah.
    2. Tetapi dari 9 kerusi yg dipertahankan mereka, PAS kalah 4.
    3. Pada PRU 13 PAS dapat mengumpul undi keseluruhan (dari 27 kawasan yg ditandingnya) sebanyak 289,000. Jumlah undi pada PRU 14 utk 27 kawasan itu ialah 245,000. Merosot 44,000.
    4. Tetapi undi PAS nampak bertambah sebab kali ini PAS bertanding di kesemua 36 DUN dgn ehsan sponsor yg korang boleh teka sendiri. (PRU 13 ialah bilamana PAS parti memerintah Kedah, tapi mampu bertanding di 27 kawasan saja.)

    Mungkin penulis lebih bijak utk menyangkal atau memilih negeri lain utk diperbandingkan. Dipersilakan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker