Bimbang trend gugur kes mahkamah pemimpin PH

Trend pengguguran kes-kes mahkamah membabitkan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) sejak kebelakangan ini disifatkan sebagai cukup membimbangkan.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang memberitahu, lebih membimbangkan apabila pengguguran tersebut melibatkan kes jenayah seperti hasutan, pecah amanah dan pembocoran maklumat.

Katanya, perkara tersebut memerlukan penjelasan yang kukuh kerana dibimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap amalan doktrin pengasingan kuasa di negara ini.

“Badan kehakiman perlu kekal bebas daripada mana-mana camur tangan termasuk daripada badan eksekutif mahu pun legislatif.



“Justeru itu, kerajaan PH perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindakan diambil agar tidak mewujudkan persepsi yang salah terhadap badan kehakiman dan perundangan di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

One Comment

  1. Nasib baik kes salah laku meliwat jubor sempat dijatuhkan hukum…kalau tak berlalu begitu ajelah macam xpernah berlaku apa2.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker