Amboi Tingginya Bil Elektrik, Turun Kos Sara Hiduplah Sangat Kan….

SEMALAM buat pertama kali penulis menerima bil elektrik setelah tarifnya dinaikkan awal bulan lalu.   Sedikit latar belakang, penulis adalah pengguna melebihi 300 kWh setiap bulan.  Nak turun bawah 300 kWh macam mana pun dah tak tahu, habis berjimat dah rasanya.

Justeru, penulis antara yang terkesan dengan kenaikan yang baru ni.

Walaupun pengguna lebih 300kWh sebulan, sepanjang BN memerintah, biasanya tak pernah bilnya yang setinggi sekarang – hampir 10% kenaikannya.  Dengan 3 kipas, 1 aircond (pakai sesekali), satu peti ais, 1 mesin basuh dan peralatan elektrik/elektronik normal yang lain secukupnya untuk keluarga bersaiz sederhana.

Itu siap bayar GST tu.



Tapi bil yang semalam naik sampai 10% dari biasa.  Boleh dikatakan banyak juga ni, bukan ada penambahan atau penggunaan luar biasa seperti mana musim panas dulu pun, biasa-biasa saja.  Baru sebulan, bagaimana setahun, 2 tahun dan seterusnya?   Penulis tak pasti tentang orang lain tapi ini dari pengalaman sendiri.

Itu baru cakap pasal pengguna domestik, pengguna komersial macam manalah agaknya? Tak sanggup nak bayangkan macam mana mereka nak kekalkan kos operasi tanpa menaikan harga barang/perkhidmatan dengan kenaikan yang macam ini tinggi.

Benda pertama yang penulis buat setelah menerima bil yang berkenaan (bukan pergi bayar bill pun sebab ada masa lagi), ialah menyemak janji manifesto Pakatan.   Sepatah pun tak disebut tentang kenaikan kos dari sudut mana punlah.  Semuanya turun, kalau ada pasal kenaikan pun, ialah gaji minimum RM 1,500 – tapi ini bukan kos.

Pada hemat penulis, ini seterusnya menjadikan pembayar bil elektrik di negara ini sebagai kumpulan rakyat seterusnya yang menjadi mangsa penipuan dalam kempen PRU14 yang lepas – setelah golongan pemandu teksi, penanam getah/sawit, peminjam PTPTN dan siswazah perguruan yang masih menganggur.



Betullah dalam manifesto takde sebut janji nak turun tarif elektrik tapi “big picture” manifesto itu ialah mengurangkan beban rakyat (termasuk dalam hal membayar bil elektrik), tak gitu?

Tunggu-tunggu jugak kalau ada Menteri cadang rakyat pakai pelita untuk kurang bil elektrik, ada yang berani ke?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker