UMNO: Pengunduran Hishamudin Buka Peluang Generasi Baru

KEPUTUSAN Naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussin untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang dalam “Pemulihan UMNO” yang akan datang, adalah satu keputusan positif yang seharusnya dihormati semua pihak.  Pada ramai orang, pengunduran ini adalah pengorbanan Hishamuddin untuk membuka jalan kepada pembaharuan dalam parti.

Nampaknya kemerosotan sokongan rakyat dalam PRU14 yang lepas, ada juga hikmahnya dalam memberi nafas baru untuk UMNO.  Nafas baru ini penting kerana sekalipun berlaku kemorosotan sokongan, UMNO masih kekal sebagai parti tunggal yang mempunyai paling banyak kerusi dalam Parlimen.

Peluang dari pengunduran Hishammudin ini sepatutnya diambil oleh generasi baru UMNO untuk mengisi barisan kepimpinan atasan parti.

Setelah sekian lama pembaharuan diharap dalam UMNO seakan disekat oleh “tradisi-tradisi” tidak bertulis tertentu – majoriti besar darinya bertitik tolak dari pasca pemilihan 1987, inilah peluangnya untuk UMNO mengubah semua itu dan membentuk hala tuju baru. 30 tahun sudah cukup untuk membuang semua amalan lapuk yang berselindung di sebalik nama perpaduan parti.

Dalam masa yang sama, ahli-ahli UMNO nak tengok juga mereka yang baru menawarkan dirii ini pandai cakap saja ke atau bagaimana dan bentuk pembaharuan apakah yang nak dibawa sangat tu untuk disesuaikan dengan situasi semasa?

Sekalipun prestasi golongan muda UMNO dalam PRU14 tidak begitu memberansangkan, tapi itu bukan halangan untuk golongan ini membawa wadah baru ke dalam parti.

Penting untuk diingatkan bahawa, berdasarkan keputusan PRU14 dan disebalik kemerosotan sokongan, UMNO jelas masih mendapat sokongan besar orang-orang Melayu.  Maka itu, apa pun bentuk kepimpinan yang bakal dibentuk nanti, harus tidak lari dari semangat ini.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

One thought on “UMNO: Pengunduran Hishamudin Buka Peluang Generasi Baru

  • June 8, 2018 at 4:07 PM
    Permalink

    UMNO bulan puasa ini amat muram

    Amat sikit majlis berbuka puasa ketua Bahagian dan ketua Cawangan. Sedikit sangat jemputan anak yatim dan tahfiz walaupun tahun ini tahun Pemilihan

    Semua macam menolak untuk bertanding. Tiada analisis hebat media tentang profil dan kehebatan calon2.

    Macamana ahli nak buat penilaian semasa mesyuarat Cawangan dan Bahagian? . Harap Majlis Tertinggi ambil maklum perkara ini. Setiausaha Agong kena kerja lebih kuat

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.