Gagal Laksana 10 Janji, Manifestasi “Janji Dicapati” Yang Sebenarnya

RAKYAT tidak harus terkejut dengan pengumuman bahawa semua 10 janji utama yang konon akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari oleh pentadbiran baru ini, ditangguhkan perlaksanaannya seperti dalam satu pengumuman minggu lepas.

Apa pun alasannya, ini memang sudah boleh dijangka kerana orang-orang yang diketahui merangka semua janji-janji tersebut ialah mereka yang diketahui tidak berprinsip dari mula – sekurang-kurangnya dari segi politik.  Berpolitik kalau tidak ada prinsip, apa yang diharapkan pada janji-janji mereka?

Dulupun kita dah cakap, politik tangkap muat ini bukan sangat nak membantu rakyat, dan semua janji yang dilemparkan itu nampaknya sekarang tidak lebih dari gula-gula untuk mendapatkan sokongan rakyat semata-mata dan bila sokongan itu diperolehi dan yang berkenaan menempa puncak kuasa, ia pun “ditangguhkan”,



Inilah manifestasi “janji dicapati” yang sebenarnya kalau nak tahu.  Bukan seperti apa yang selalu dituduh ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dulu.  Dihujung 5 tahun penggal pemerintahannya yang lepas, terbukti BN dibawah Najib melaksanakan lebih 99% janji dalam manifesto PRU13 – fakta yang tidak dapat dicabar pihak lawan.

Malah ada sesi town hall diadakan pada setiap tahun di seluruh negara untuk kerajaan dan rakyat melihat kembali setakat mana janji-janji itu dilaksanakan dan di tahap mana ia berada.

Persoalannya sekarang, selepas penangguhan tanpa tahu bila semua janji 10 perkara ini akan dilaksanakan (yang lain-lain dalam manifesto keseluruhan tu boleh kata jangan mimpilah), apa terjadi kepada rakyat yang memberikan undi kepada mereka berdasarkan semua janji-janji tersebut?

Nak bawa ke Mahkamah tidak boleh kerana berdasarkan kes 2,020 orang ibu tunggal yang merasa ditipu oleh pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor pada tahun 2013, dimana hakim Mahkamah Rayuan pada waktu itu bersetuju dengan hujah peguam kerajaan negeri bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang.

Lepas ni nak jadi apa?  Penulis ada jawapannya – jadi bodoh!!

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.