GST 0%, Harga Barang Mahal Juga

MEDIA sosial pada Jumaat dihujani dengan gambar perbandingan harga sebelum dan selepas kadar GST (ya, GST masih ada dalam sistem negara kita), diturunkan menjadi 0%.

Pemerhatian penulis berdasarkan semua gambar-gambar yang disebarkan itu, kelihatannya tidaklah berlaku pun penurunan harga besar-besaran seperti mana yang diharapkan rakyat.

Ada penyokong kerajaan menunjukkan beberapa penurunan harga barang pada barang keperluan seperti tomato, sesetengah jenis ikan dan sebagainya.  Ini bodoh macam mana, semua barangan keperluan memang tidak dikenakan GST sebelum ini dan penurunan yang dikatakan itu adalah berdasarkan faktor permintaan dan penawaran.

Semua ini bagaimanapun menimbulkan keraguan terhadap keupayaan pentadbiran sekarang menunaikan janji untuk menurunkan harga barang seterusnya kos sara hidup – antara kepercayaan besar kenapa rakyat memberikan kemenangan kepada mereka dalam PRU14 yang lepas.

GST dikatakan menjadi punca kenaikan kos sara hidup sebelum ini walaupun dah banyak kali dijelaskan, GST atau tidak ada GST, harga barang akan tetap mengalami kenaikan kerana banyak faktor lain yang turut menyumbang kepada kenaikan tersebut.

Tambah membimbangkan rakyat ialah, ini belum lagi SST dengan kadar sebanyak 10% diperkenalkan September nanti.  Kalau dengan GST menjadi 0% pun harga barang tidak turun ke tahap yang diharapkan, bagaimana pula bila SST 10% diperkenalkan?

Dari segala segi, 10% sudah tentu lebih tinggi jumlahnya dari 6%, entah bagaimana harga barang akan menjadi murah dengan cara ini?  Tapi yelah, orang tua sudah cakap negara ini ramia orang tidak berpelajaran.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker