Selepas cuti 2 tahun besarkan anak, suami panggil isteri pemalas

Seorang lelaki menggelar isterinya ‘pemalas’ selepas wanita itu mengambil cuti khas selama dua tahun untuk menjaga bayi mereka yang baru dilahirkan, lapor portal berita LadBible hari ini.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu menulis luahan hatinya pada kolum Agony Aunt dalam akhbar Daily Mail.

Dia meminta nasihat daripada pakar berhubung isterinya yang dikatakan bertukar menjadi pemalas selepas melahirkan anak lelaki mereka.



“Dia sebelum ini memberitahu akan kembali bekerja selepas enam bulan bersalin. Namun, ia bertukar menjadi setahun dan kini, sudah dua tahun dia tidak bekerja,” kata lelaki tersebut.

Tambahnya, dia memahami bahawa tempoh awal kelahiran bayi amat penting untuk si ibu mewujudkan ikatan mesra dengan anak.

Namun, isterinya kini didakwa tidak membuat apa-apa pekerjaan di rumah selain menonton televisyen sepanjang hari.

“Katanya, kos membesarkan anak-anak amat mahal dan melebihi gajinya. Namun, kos perbelanjaan itu mungkin berbaloi jika dia melakukan sesuatu pekerjaan di rumah,” ujar lelaki tersebut.



Luahan hati pembaca berkenaan mendapat maklum balas daripada penulis buku terkenal, Jane Green. Beliau berkata,  si isteri mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin.

“Isteri anda nampaknya mengalami sesuatu melebihi ‘sikap malas’ (kemurungan selepas bersalin). Saya mencadangkan agar anda membawa dia berjumpa kaunselor atau mengambil ubat bagi menangani gejala tersebut,” kata Green. – Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker