Tiara lepas ‘gian’ selepas 17 tahun tidak berlakon

Tiara lepas ‘gian’ selepas 17 tahun tidak berlakon

Penerbit dan aktres, Puan Sri Tiara Jacquelina kembali semula berlakon menerusi drama bersiri, Keluarga Baha Don musim ketiga selepas 17 tahun meninggalkan dunia lakonan.

Keunikan watak Ivana, selain watak antagonis dalam drama komedi membuka hati Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia pada 1995 itu menerima lamaran membintangi drama Keluarga Baha Don musim ketiga yang akan disiarkan menerusi platform penstriman Viu, mulai hari ini.



Mengulasnya, Tiara berkata, selain ingin melepaskan gian berlakon, keunikan karakter Ivana membuatkan hatinya terbuka untuk kembali ke bidang lakonan.

“Saya tidak pernah terfikir kembali berlakon selepas filem Puteri Gunung Ledang The Movie pada 2004. Mungkin tawaran datang pada tepat pada masanya ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lagi pun, saya tiada melakukan apa-apa.

“Lebih membuatkan saya tertarik kerana watak Ivana sangat berbeza. Produksi siap memberikan skrip berserta ilustrasi karakter Ivana yang lengkap dengan kostum khas.

“Faktor lain membuatkan saya tidak mampu menolak kerana saya ingin cuba karakter baharu. Saya tidak pernah membawakan watak antagonis dalam drama bergenre komedi, jadi ini peluang keemasan yang tidak seharusnya dilepaskan,” katanya kepada BH Online.



Tiara ditemui pada sidang media drama Keluarga Baha Don musim ketiga secara virtual pada Rabu lalu.

Sebagai seorang yang mementingkan kualiti dalam setiap hasil kerja, pelakon filem Irisan-Irisan Hati dan Ringgit Kasorrga itu mengakui, keputusannya kembali berlakon tepat dan berbaloi kerana produksi berkenaan berkongsi visi yang sama dengannya.

“Masa melihat trailer drama ini, saya terpegun dan tidak menyangka ia adalah hasil kerja produksi tempatan. Drama ini turut menampilkan ramai bintang hebat.

“Melihat kepada semua aspek ini, saya yakin keputusan yang dibuat tepat dan penantian peminat yang ingin melihat saya kembali berlakon juga berbaloi menerusi drama berkualiti seperti ini,” ujar wanita berusia 53 tahun ini.



Ditanya apakah kemunculannya memberi petanda akan kembali aktif, Tiara berkata, perkara itu masih dalam pertimbangannya.

“Saya akan tetap memilih karakter sebelum menerima tawaran. Berlakon memerlukan masa yang banyak dan saya pula akan mengambil masa lama untuk melakukan persediaan membawakan sesuatu watak.

“Buat masa ini, keutamaan saya untuk produksi Keluarga Baha Don,” ujarnya.

Dihasilkan oleh Anomalous Films, Keluarga Baha Don berkisarkan keluarga yang boleh dianggap pelik apabila mempunyai perniagaan kulinari, di sebalik jenayah terancang.



Musim ketiga siri itu memaparkan sambungan babak tergantung pada musim kedua di mana Bobby Bachan, lakonan Fikry Ibrahim mengeluarkan ancaman berat untuk memusnahkan Keluarga Baha Don.

Drama 10 episod itu menampilkan lakonan Remy Ishak, Khir Rahman, Jihan Muse, Susan Lankester, Othman Hafsham, Amy Mastura, Nam Ron dan Tony Eusoff.

Selain Tiara, drama berkenaan turut dibintangi Datuk Jalaluddin Hassan, Elizabeth Tan dan Vicha Saywho. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tiara lepas ‘gian’ selepas 17 tahun tidak berlakon


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker