#PRNMelaka : Apa janji calon BN DUN Pantai Kundor?

Oleh Wahida

Apabila anak tempatan dicalonkan mewakili Barisan Nasional di PRN Melaka 2021 ini, kelebihannya adalah pasti ia membawa manfaat kepada penduduk setempat.

Bertepatan dengan pilihan calon yang mewakili Barisan Nasional di DUN Pantai Kundor iaitu Puan Tuminah Kadi, beliau sangat mengetahui selok-belok kawasan di Pantai Kundor kerana telah tinggal di Taman Tanah Merah Jaya sejak 24 tahun lalu.



Justeru, Puan Tuminah atau lebih mesra dipanggil Kak Ina memberi tumpuan isu yang melibatkan komuniti nelayan yang merupakan 95% pekerjaan di DUN Pantai Kundor. Usaha menaik taraf insfrastruktur nelayan yang menjadi mangsa hakisan pantai juga merupakan salah satu fokus utamanya.

Ekonomi penduduk setempat sememangnya bergantung kepada hasil tangkapan nelayan, namun ketika musim tengkujuh, Kak Ina mengetahui pendapatan mereka pasti terjejas. Oleh itu, pendapatan lain penduduk perlu diusahakan.

Pantai Puteri adalah salah satu tempat tumpuan pelancong yang datang ke Melaka. Di sini juga terdapat pasar nelayan dan jualan produk makanan laut dan produk hiliran untuk keperluan keluarga. Maka adalah menjadi misi Kak Ina juga untuk menubuhkan sebuah badan kawal selia yang menguruskan produk hiliran nelayan dalam menggantikan pendapatan mereka ketika musim tengkujuh.

Adalah menjadi hasrat Kak Ina menjadikan Pantai Puteri sebagai tempat lawatan wajib di dalam kalendar pelancongan Melaka hanya untuk meningkatkan sumber ekonomi penduduk setempat terutama sekali para nelayan.



Seandainya Kak Ina menang, keluhan masalah nelayan akan diatasi. Yang pasti, Kak Ina telah pun berhadapan dan menyelesaikan masalah-masalah nelayan dan penduduk tempatan sejak 24 tahun lalu dan ini jelas menunjukkan beliau sangat memahami selok-belok kawasan dan isi hati komuniti nelayan di DUN Pantai Kundor.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker