#PRNMelaka : Untungnya penduduk Ayer Limau jika Cikgu Bola menang

Sebaran :

Oleh Wahida

Bagi yang baru mengenali calon BN yang bertanding di DUN Ayer Limau, hanya mengetahui beliau adalah seorang guru. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa Cikgu Hameed Mytheen Kunju Basheer mempunyai kemahiran pendidikan jasmani ketika berkhidmat sebagai guru pendidikan jasmansi di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah.

Ketika Cikgu Hameed adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, beilau sememangnya aktif menganjurkan pertandingan bola, sepak takraw dan beberapa kejohanan sukan lain untuk belia hingga ahli-ahli Pemuda UMNO Melaka lebih mengenalinya sebagai ‘Cikgu Bola’, berbanding Ketua Pemuda UMNO bahagian lain.

Salah satu keutamaan yang akan dibawa Cikgu Hameed adalah untuk meningkatkan lagi pembangunan pendidikan dan sukan jika berjaya dalam pertandingan pilihanraya Melaka 2021 nanti.



Setakat ini hanya bidang pendidikan yang agak menonjol di parlimen Masjid Tanah tetapi bidang sukan agak ketinggalan.

Pada masa yang sama, pendidikan kemahiran belia juga akan diperjuangkan Cikgu Hameed khusus di DUN Ayer Limau walaupun sekarang sudah ada Kolej Komuniti dan Pusat Giat Mara di Parlimen Masjid Tanah. Ia perlu ditingkatkan dan ditumpukan khusus untuk memberi peluang kepada lebih ramai belia.

Sehubungan itu Cikgu Hameed juga berjanji berusaha menarik pelbagai agensi kerajaan untuk menubuhkan pusat pembangunan kemahiran belia di kawasan Ayer Limau ini.

Alangkah bertuahnya penduduk di DUN Ayer Limau nanti jika diwakili seseorang yang mempunyai visi dan misi yang memberi fokus kepada pendidikan dan sukan. Ini bermakna Cikgu Hameed sangat memahami aspirasi masa depan anak-anak muda.



Secara langsung, ibubapa tidak akan lagi risau dengan nasib anak-anak mereka kerana Cikgu Hameed akan membuka peluang luas dalam bidang sukan dan pendidikan kemahiran.


Sebaran :

Leave a Reply