Permohonan Geran Anugerah Merdeka dibuka sehingga 1 Mei

PETALING JAYA – Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa Edisi ke-9 yang ditawarkan setiap dua tahun sekali, kini dibuka untuk permohonan sehingga 1 Mei 2023.

Setiausaha Lembaga Pemegang  Amanah Merdeka Award Trust, Kerina Fauzi berkata, melalui geran ini, rakyat Malaysia di bawah umur 35 tahun yang cemerlang serta berbakat dapat memohon penempatan jangka pendek di mana-mana universiti, institusi dan organisasi terkemuka di peringkat global.

“Selain itu, penerima geran ini turut berpeluang untuk menjalin dan memupuk rangkaian professional yang kukuh dengan pakar global di bawah institusi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.



“Apabila mereka pulang ke tanah air, harapan kami adalah agar mereka dapat berkongsi penemuan dan pengalaman masing-masing demi impak yang lebih besar, ke arah masa depan yang mampam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Kerina, sepanjang beberapa tahun ini, pihaknya telah melihat peningkatan bukan sahaja dari segi kualiti permohonan, malah turut menerima permohonan yang lebih banyak dan pelbagai.

Ujarnya lagi, calon yang terpilih telah diterima masuk ke institusi terbaik dunia sekali gus menunjukkan bahawa bakat Malaysia terus berada di tahap yang membanggakan.

“Melalui geran ini, kami berhasrat untuk dapat terus mewujudkan generasi rakyat Malaysia yang ingin mengecap kecemerlangan.



“Penerima yang layak akan dipilih melalui penilaian teliti oleh Sekretariat Anugerah Merdeka dan Jawatankuasa Pengasas daripada PETRONAS dan Shell, diikuti oleh Jawatankuasa Pemilihan, diikuti keputusan muktamad oleh Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka,” katanya.

Penerima terpilih akan dianugerahkan dengan yuran pengajian penuh, serta penginapan dan perjalanan yang ditanggung sepenuhnya sepanjang tempoh penempatan jangka pendek sehingga tiga bulan, selepas diterima oleh institusi pilihan.

Warga negara Malaysia yang beraspirasi digalakkan untuk memohon sekarang di laman The Merdeka Award – Grant Application, berserta dokumen dan butiran sokongan sebelum tarikh tutup permohonan.

Merdeka Award Trust telah ditubuhkan oleh PETRONAS dan Shell pada 27 Ogos 2007, untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu dan organisasi yang cemerlang.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot



Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker