Mahathir, Ku Li bakal bentuk kerajaan interim?

Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan telah membentuk satu pasukan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk membentuk kerajaan interim.

Sumber daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberitahu Sinchew Daily, keadaan semasa mungkin mendorong kepada gandingan MR iaitu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri interim sementara Tengku Razaleigh menjadi timbalan beliau.

Keadaan interim itu dikatakan boleh berlanjutan sehingga wabak COVID-19 bertambah pulih untuk membolehkan pembubaran Parlimen dan pilihan raya diadakan.

Sumber berkata, gabungan MR tidak mahu bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibelenggu skandal dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat mengkhianati Dr. Mahathir.



Sumber juga memberitahu bahawa Dr. Mahathir sudah menguasai sejumlah penyokong.

Kata sumber lagi, walaupun negara tidak kekurangan pemimpin Melayu yang muda dan berkaliber, tetapi keadaan politik semasa memerlukan pemipin kanan yang berpengalaman.

“Kami perlu melihat Perlembagaan sama ada terdapat peruntukan mengenai kerajaan interim,” katanya.

Sumber juga berkata, Tengku Razaleigh mempunyai pendirian yang jelas iaitu tidak menyokong Muhyiddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, keadaan yang menyebabkan beliau memilih untuk bekerjasama dengan Dr. Mahathir.



Ahli Parlimen Gua Musang itu dilaporkan sudah bertemu dengan pemimpin peringkat pertengahan UMNO untuk mendapat sokongan.

Sumber berpendapat peluang pembentukan kerajaan baharu adalah pada kadar 80 peratus pada masa ini.

Katanya, gandingan MR boleh berjaya kerana pengaruh yang dimiliki Tengku Razaleigh dalam UMNO.

“Wakil rakyat yang tidak menyokong Anwar atau Muhyiddin akan menyokong MR,” kata sumber.



Dalam pada itu, menurut satu laman berita, Tengku Razaleigh sedang berusaha mendapat sokongan Warisan, DAP dan Amanah.

The Malaysian Insight melaporkan, Tengku Razaleigh berusaha mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Dr. Mahathir.

Tengku Razaleigh dilaporkan marah dengan Muhyiddin yang membuat banyak keputusan tanpa mengadakan perbincangan dengan UMNO.

Walaupun Tengku Razaleigh merupakan wakil rakyat UMNO, tetapi DAP boleh menerima kepimpinan beliau yang merupakan pemimpin yang dihormati di peringkat akar umbi. MG



Ku Li potensi PM interim, Laluan Anwar berliku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker