Biskut raya RM10 sebekas

Biskut raya RM10 sebekas

SEGAMAT – Di saat rungutan kenaikan harga barang memuncak ketika ini, seorang pengusaha biskut raya mengambil pendekatan berbeza apabila menjual biskut raya bajet berharga RM10 sebekas.

Shazliyana Suboh, 25, berkata, dia mengambil langkah ber­kenaan selepas menerima ba­nyak maklum balas daripada pelanggan berhubung kenaikan harga biskut raya di pasaran.



Menurutnya, dia mengambil stok biskut raya daripada rakannya di Perak.

“Sebelum ini saya merupakan pembuat biskut raya namun di­sebabkan kenaikan harga bahan mentah, saya tidak sanggup mengambil risiko sebaliknya membuat keputusan menjual hasil air tangan orang lain,” katanya ketika ditemui di sini.

Shazliyana berkata, pelanggannya menyambut baik biskut raya bajet kerana harga mampu milik selain berpeluang membeli pelbagai jenis untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kadangkala kita beli biskut raya satu jenis dalam kuantiti yang banyak belum tentu habis dan ada juga masuk tahun lain pun masih ada berbaki.



“Dalam masa sama, kita mahu membantu mereka yang tidak berkemampuan menyambut le­baran dengan meriah.

“Biskut raya bajet ini sangat berbaloi, dengan harga RM10, ­pelanggan akan menerima 15 ­sehingga 20 biji untuk sejenis kuih,” kata ibu kepada dua cahaya mata.

Menurut Shazliyana, dia menjual 28 jenis biskut tradisional dan moden seperti simpul kasih, semperit koko, makmur, mazola, jejari cinta, biskut arab, cornflake crunchy, almond london, tart nenas dan kelapa Pandan. K Online

Biskut raya RM10 sebekas



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)



Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker