Safawi Rashid dan Syifa Melvin bakal timang anak lelaki

PELAKON dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin dan suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rashid bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syifa atau nama penuhnya, Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 29, menerusi sebuah majlis kesyukuran yang diadakan pada Ahad.

“Doakan anak ini sihat sempurna dan menjadi yang baik. Ibu tak sabar nak jumpa kamu,” coretnya menerusi hantaran terkini di Instagram.



Rata-rata peminat dan pengikut Instagram Syifa turut mengucapkan tahniah dan tidak kurang juga yang mendoakan anak yang bakal lahir itu akan mengikut jejak langkah ayahnya menjadi pemain bola sepak profesional suatu hari nanti.

“Tahniah untuk baby boy…mesti dia pandai main bola macam bapa dia nanti.”

“Alhamdulilah tak sabar nak tengok muka baby mesti comel ya amin.”

Sekadar info, Syifa dan Safawi, 26, yang juga merupakan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022 di Kuala Lumpur.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul



Senaman terbaik untuk hubungan seks

Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila



Pekerja kilang diarah tanggal pakaian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker