Uyaina dikecam pakaian macam rahib

Uyaina dikecam pakaian macam rahib

Dikecam pakaian macam rahib, rilekslah kata Uyaina

“Tidak semua orang suka, asalkan sopan dan masih menutup aurat sudah.”



Demikian penegasan pelakon dan pengacara Uyaina Arshad apabila fesyen yang digayakannya dalam drama Love, Elsa menerima pelbagai respons daripada netizen.

Sejak drama berkenaan ditayangkan pada 15 Jun lalu, fesyen untuk watak Ammara yang dibawakannya menerima kritikan apabila ada yang menyamakannya seperti rahib.

Tidak kurang juga yang berasa rimas melihatnya mengenakan imej pakaian berlapis-lapis dan memakai sarung tangan termasuklah ketika menjayakan babak di sebuah pantai.

Kata Uyaina, 28, dia sedar ramai yang suka melihat gaya pakaian biasa seperti watak Usu Sakinah dalam drama Perempuan Tanpa Dosa.



Bagaimanapun jelasnya, setiap watak yang dibawakannya mempunyai penampilan berbeza mengikut kehendak jalan cerita.

“Usu Sakinah dan Ammara adalah watak yang saya bawa dalam drama. Pakaian untuk Usu Sakinah tak sesuai untuk Ammara, begitu juga sebaliknya. Gaya Uyaina pun tak sama macam Ammara dan Usu Sakinah.

“Rileks okey semua? Nama pun berlakon. Selepas ini, saya pun teruja nak cipta gaya lain untuk watak baharu dalam drama lain pula,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah dengan kata-kata orang kerana itu semua merupakan pendapat masing-masing.



Menerusi satu hantaran dalam Instagramnya semalam, dia meraikan pelbagai reaksi yang diterimanya termasuk penonton dari negara Turki.

“Komen daripada penonton Turki ini buatkan saya tersenyum. Sejujurnya saya suka dengan fesyen yang dicipta jurugaya @abushaefhamza untuk Ammara.

“Gaya yang unik untuk watak yang unik. Sedikit kelainan untuk kelihatan berbeza demi watak yang dibawa,” ujarnya.

Sebelum ini, pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu mendedahkan dia terpaksa menukar sebanyak 18 sarung tangan sepanjang 65 hari penggambaran drama Love, Elsa.



Watak Ammara dalam drama berkenaan digambarkan sebagai wanita pelik dan mampu mengimbau memori lampau orang yang bersentuhan dengannya. K Online

Uyaina dikecam pakaian macam rahib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Sharnaaz jadi Adun bantu keluarga bendera putih [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker