20 individu dipanggil mengadap Polis kerana bersesak ambil bungkusan kurier

20 individu dipanggil mengadap Polis kerana bersesak ambil bungkusan kurier.  Seramai 20 individu dijangka dipanggil bagi membantu siasatan, berhubung video sekumpulan individu yang didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ketika mengambil bungkusan kurier di sebuah universiti, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, pihaknya akan memanggil individu terbabit berdasarkan hasil siasatan, menerusi senarai nama yang akan diberikan syarikat kurier berkenaan.

“Setakat ini, kita telah memanggil pengurusan universiti dan syarikat kurier berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian itu, dan kita turut memerlukan beberapa dokumen bagi membantu mengesan individu yang terbabit.

“Kita juga akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya, selepas siasatan selesai dijalankan dan sekiranya terdapat individu melakukan kesalahan melanggar SOP, kita akan mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Barudin berkata, berdasarkan video yang tular terbabit, terdapat berlakunya pelanggaran SOP PKP dengan tiada penjarakan fizikal, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Perkara 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021, Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Pada Khamis, polis telah menerima satu laporan berkaitan sekumpulan individu dipercayai penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP), telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika mengambil bungkusan daripada sebuah syarikat kurier, seperti yang tular di laman sosial Twitter.

Kejadian itu dipercayai berlaku di hadapan pintu utama universiti berkenaan di Seri Iskandar kira-kira jam 6 petang, Khamis lalu. – Bernama

20 individu dipanggil mengadap Polis kerana bersesak ambil bungkusan kurier

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan keluar PN untuk gagalkan kumpulan Hishammuddin?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker