Segerakan pemilihan Presiden UMNO selepas darurat tamat

PUTRAJAYA: Pemilihan Presiden UMNO baharu pada pemilihan parti perlu dibuat segera selepas tamat Proklamasi Darurat pada 1 Ogos ini.

Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mustafa Salim berkata, ia sekali gus dilihat sebagai satu penyelesaian kepada isu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikecam secara terbuka akhir-akhir ini oleh akar umbi parti sendiri.

Beliau berkata, tidak ada halangan atau gangguan untuk diadakan pemilihan, namun mungkin tidak boleh dibuat seawal Jun kerana kekangan darurat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi pencegahan penularan Covid-19.



“Selepas 1 Ogos seharusnya diadakan pemilihan, itu kalau diumum tidak ada penyambungan darurat.

“Saya difahamkan pemilihan cawangan akan mula pada 15 Ogos dan dalam masa dua bulan akan diadakan pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) termasuk Presiden UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, keputusan sama ada pemilihan UMNO akan diadakan seperti dijadualkan atau ditangguhkan akan ditetapkan dalam mesyuarat MKT yang akan diadakan pada Ramadan ini.

Rundingan Pas dengan Bersatu tanpa pengetahuan UMNO – Ahmad Zahid



Ahmad menjelaskan, kebiasaannya penangguhan pemilihan dibuat sekiranya pada tahun berkenaan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU).

Dalam pada itu Mustafa berkata, semua pihak perlu akur dengan kehendak majoriti untuk mempercepatkan pemilihan, maka tidak ada sebarang persoalan untuk menangguhkannya.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, Ahmad Zahid perlu segera membuat laporan polis berhubung dakwaan isu rakaman audio perbualan antara beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelak sebarang spekulasi yang mungkin timbul daripada perkara berkenaan.



Tegas beliau, ahli parti di peringkat akar umbi dilihat masih keliru dengan isu berkenaan, yang dilihat boleh memberi imej buruk kepada UMNO

Pas belum sedia terima Amanah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker