Kos RM20 juta, Malbatt Misi Bakara filem paling mahal di Malaysia

FILEM yang menelan belanja sebanyak RM20 juta ini membariskan pelakon hebat seperti Bront, Zahiril, Hairul dan Adlin.

 

KUALA LUMPUR – Filem Malbatt Misi Bakara mencipta rekod sebagai filem termahal pernah dihasilkan oleh karyawan tempatan apabila kos pembikinannya menelan belanja sebanyak RM20 juta.

Menurut pengarah filem aksi tersebut, Andrian Teh, daripada RM20 juta 70 peratus kos digunakan untuk produksi selain menggunakan khidmat barisan pelakon terkenal.

“Naskhah ini menelan belanja yang tinggi kerana uniform tentera dalam filem ini tidak lagi dipakai oleh tentera Malaysia.



“Disebabkan tidak boleh menyewa pakaian tersebut, kami perlu menempah khas dari Indonesia. Selain itu, kami juga perlu membina semula kelengkapan ketenteraan ketika penggambaran di Turki,” ujar Adrian.

Namun, Adrian bersyukur kerana karya diangkat daripada kisah benar itu mendapat kepercayaan pihak penerbit utama Berjaya Pictures, Tan Sri Vincent Tan yang bersetuju untuk melabur tanpa melihat kertas kerja terlebih dahulu.

“Kepercayaan yang diberikan oleh pihak penerbit akan saya gunakan sebaik mungkin dan saya tahu pihaknya pasti inginkan keuntungan.

“Perkara itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya. Tetapi tekanan itu bagus untuk saya beri yang terbaik. Mungkin ini akan menjadi filem ketenteraan saya yang terakhir kerana bukan mudah dan saya cukup penat,” kata Adrian.



Filem Malbatt Misi Bakara merupakan filem yang diambil daripada kisah benar tentang operasi membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993.

Dilakonkan oleh barisan pelakon terkenal seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Ikhram Juhari, Gambit Saifullah, Theebaan G, Taufiq Hanafi dan Safwan Nazri, filem ini dijangka akan menemui penonton sekitar Ogos tahun depan.

Selain Berjaya Pictures, filem ini turut dipersembahkan bersama syarikat penerbitan Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw. – KOSMO! ONLINE.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD



It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker