Penyatuan Pas, Amanah mustahil jadi kenyataan

KOTA BHARU: Sebarang idea supaya Pas berjiwa besar dan berlapang dada menerima Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai rakan sekutu politik demi agenda perpaduan ummah dianggap perkara yang mustahil menjadi kenyataan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presiden Pas Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini belum ada sebarang keberangkalian untuk parti itu menjalinkan kerjasama dengan Amanah, waima dengan apa jua alasan sekalipun.

“Kita tidak boleh terima idea ini sebab Amanah lain dengan Pas. Cara dia, pendekatan dia tak sama. Hari ini kita masih tidak nampak ada titik pertemuan Pas dengan Amanah,” tegasnya tanpa mahu mengulas lanjut.



Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar ditemui selepas menghadiri Majlis Makan Malam dan Program Dialog Profesional Anak Kelantan anjuran Dewan Usahawan Kelantan (Duke), di sini semalam.

Secara kebetulan, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad ketika menghadiri Majlis Kesyukuran Makan Laksa Ambang Ramadan, di sini pada sebelah petang hari yang sama dilaporkan ‘sependapat’ dengan Mohd. Amar.

Ditanya pemberita sebarang kemungkinan untuk Amanah berbaik dengan Pas terutama dalam konteks agenda perpaduan ummah, beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menegaskan idea itu mustahil untuk direalisasikan.

Wahai PAS yang ada 18 kerusi, bayangkan jika 15 kerusi lompat Masuk Amanah



“Fokus kita kini perkukuhkan kerjasama dalam PH untuk lawan PN. Bagi Amanah, yang penting adalah prinsip perjuangan. Tidak ada guna kita bekerjasama atas dasar yang bercanggah dengan prinsip perjuangan.

“Kita tidak boleh ambil sikap, disebabkan orang Islam akhirnya bertaubat dan masuk syurga, maka kita boleh bekerjasama dengan orang Islam tersebut walaupun dia penyamun dan perompak,” sindirnya.

Pas sebelum ini cuba menjadi orang tengah bagi menjernihkan hubungan UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekali gus memujuk dua parti terbabit bekerjasama demi kepentingan agenda perpaduan ummah.



Namun pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO sendiri secara sinis mencabar Pas terlebih dahulu membuktikan keikhlasan menjayakan agenda itu dengan cara bekerjasama dengan Amanah yang merupakan parti serpihannya.

Untuk rekod, Amanah ditubuhkan pada 16 September 2015 selepas Pas berpecah dua, susulan penyingkiran kelompok pemimpin progresif yang tidak sehaluan dengan pemimpin pro-ulama dalam Muktamar Pas Ke-60 di Kuala Selangor.

Hari ini empat parti politik Melayu-Islam terbesar di negara ini berpecah-belah menyaksikan Pas dan Bersatu membentuk Perikatan Nasional (PN). Amanah pula bersama Pakatan Harapan (PH) manakala UMNO bercita-cita mahu bergerak solo

Pas belum sedia terima Amanah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker