PRN Sarawak: Kenyataan Zuraida timbulkan keraguan – Abdul Karim


KUCHING: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan bahawa calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak hanya terdiri daripada pemimpin komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Perkara itu ditegaskan Abdul Karim sebagai membalas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin bahawa Bersatu akan bertanding dalam PRN12 menerusi tiket GPS.

Tegas Abdul Karim, GPS sudah mengenal pasti calon-calon yang akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Kedudukan Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri ini tidak perlu diperjelaskan lagi, untuk menjadi calon di bawah GPS, seseorang wakil rakyat itu mesti daripada empat komponen parti GPS.

“Kenyataan daripada Datuk Zuraida menimbulkan kekeliruan kerana sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan membantu GPS menang dengan majoriti besar,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah peringkat negeri di Kuching pada Isnin.

Tambahnya, mana-mana perkembangan terkini dalam politik akan ditangani bersama PN untuk memastikan tiada isu berbangkit.

“Kita akan menangani isu ini dengan baik kerana kestabilan yang wujud ketika ini adalah kerana sokongan GPS dan mereka perlu menimbal balik semua perkara dalam mendepani pilihan raya.

“Sekarang ini semua pihak tahu bahawa PN dan Bersatu menyokong GPS untuk terus menjadi kerajaan Sarawak.

“Jadi kalau menyokong biarlah menyokong dengan sesungguhnya,” tambahnya.

Di Sarawak, Bersatu hanya diwakili dua ahlinya iaitu Datuk Willie Mongin (Ahli Parlimen Puncak Borneo) dan Datuk Ali Biju (ADUN Krian).

Jika kawan jangan lawan, amaran Wan Junaidi kepada calon PPBM di Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker