Jika Pas-Bersatu boleh, kenapa UMNO-PKR tidak boleh?

PETALING JAYA : Jika Pas boleh berunding dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mengapa UMNO tidak boleh melakukan perbincangan bersama Pakatan Harapan (PH) dan PKR?

Demikian persoalan dilontarkan kepada Pas yang kini seolah-olah bermain dua kolam apabila melakukan rundingan dengan Bersatu di luar kerangka MN sedangkan piagam jalinan kerjasama politik telah dimeterai secara rasmi antara UMNO dan Pas.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd. Muis berkata, Pas selepas ini tidak boleh menuding jari kepada UMNO sekiranya MN terkubur akibat kononnya timbul perbincangan dengan PKR seperti dicanang sesetengah pihak.

“Malah selama ini Pas melakukan perbincangan bersama Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu di luar kerangka MN meskipun selama ini belum ada lagi persefahaman rasmi antara mereka berbanding piagam MN dimeterai oleh UMNO dan Pas.

“Jadi Pas tidak boleh salahkan UMNO jika berunding dengan PH dan PKR hingga menjadi perpecahan MN sedangkan parti itu telah berbincang dengan Bersatu di luar pengetahuan MN dan UMNO,” katanya.

Ismail Sabri tonggak UMNO dalam PN

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tindakan Pas mengadakan perbincangan dengan Bersatu mengenai pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah di luar kerangka MN dan ia bukan perbincangan yang dipersetujui bersama dalam MN.

Mujibu menambah, dakwaan Pas seolah-olah bermain dua kolam kini sudah terbukti jelas apabila parti itu masih bersama MN di samping PN dalam mengatur hala tuju politik mereka.

Tegasnya, parti itu digesa perlu segera membuat keputusan untuk bersama MN atau PN dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan dilihat sebagai pihak yang tidak mempunyai pendirian tetap.

“Namun saya berpandangan Pas boleh menambah kerusi Parlimen dalam PRU-15 sekiranya memutuskan bersama UMNO kerana kedua-dua mempunyai kekuatan politik dan sokongan akar umbi berbanding Bersatu,” jelas beliau.

Dalam pada itu. itu, pensyarah Jabatan Sosiobudaya Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi memberitahu, perbincangan Pas bersama Bersatu sebenarnya boleh membawa bibit-bibit hubungan dingin dan perpecahan terhadap masa depan MN.

Katanya, sekiranya wujud perundingan secara rasmi atau sebaliknya, maka ia telah menyalahi prinsip MN yang dimeterai lebih awal lagi dengan UMNO.

“Maka persoalan boleh dilontarkan kepada Pas, jika mereka boleh berunding dengan Bersatu, maka sudah pasti UMNO boleh berunding melakukan perkara sama dengan PH atau PKR,” ujarnya

Rais mahu wakil rakyat tak digantung tugas jika ada kes mahkamah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker