Jika kawan jangan lawan, amaran Wan Junaidi kepada calon PPBM di Sarawak


KUCHING: “Tidak perlu hantar calon bertanding di sini (Sarawak) sama ada secara terbuka atau diam-diam. Jika ada calon maksudnya kita tidak sehaluan,”.

Itu kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai senario politik di Sarawak susulan kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri itu.

Tegas Ahli Parlimen Santubong itu lagi, sekiranya PPBM meletakkan calon di negeri tersebut, maka ia akan mengganggu kerusi dominan yang dimenangi oleh pemimpin sedia ada terutama Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Jadi setahu saya, Santubong adalah kawasan saya dan saya sentiasa menang di sana.

“Jika kamu hantar calon untuk bertanding di kawasan saya, bermakna kamu sudah menganggu saya sebagai rakan kamu. Tetapi jika kamu berkeras mahu bertanding, maka saya akan melawan kamu,” tambahnya.

Terdahulu dalam lawatan kerja dua Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sarawak, Presiden PPBM itu menyatakan agihan kerusi akan dibincangkan dan bukan perkara utama.

Sebaliknya sokongan penuh kepada calon GPS dan memastikan gabungan itu menang adalah keutamaan parti komponen Perikatan Nasional.

Malah, jelas Muhyiddin, sebarang keputusan mengenai agihan kerusi di Sarawak tertakluk kepada budi bicara Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Selain itu, Dr Wan Junaidi berkata, isu dan sentimen yang dihadapi rakyat Sarawak seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) hanya difahami sepenuhnya oleh orang Sarawak dan bukan orang luar.

“Sekarang mereka mula memahami kita dan sebab itulah Perdana Menteri bersetuju memberi hak kita dalam industri minyak dan gas serta bersetuju untuk meneruskan perbincangan lain.

“Jadi saya harap apabila Perdana Menteri sudah bercakap begitu, pengikutnya pun ikut sama dan jangan cakap lain buat lain,” tambahnya. Awani

Pas, Bersatu jangan bertanding di Sarawak – Wan Junaidi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker