Jelajah Kampus Madani untuk kenal pasti masalah dan kekurangan – Zambry

Jelajah Kampus Madani untuk kenal pasti masalah dan kekurangan – Zambry

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengadakan Jerayawara atau jelajah Kampus Madani di seluruh institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk di politeknik dan kolej komuniti.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, program tersebut untuk meninjau keadaan dan mengenal pasti masalah dan kekurangan yang memerlukan penambahbaikan di peringkat akar umbi.



“Jelajah ini juga bagi memastikan kebajikan semua kakitangan dan para pelajar dititikberatkan selain merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia yang baharu,” katanya pada Majlis Landasan Hala Tuju KPT 2024 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya di sini hari ini.

Menurut beliau, pelan tersebut adalah lanjutan dan kesinambungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM(PT) 2015-2025 yang akan tamat pada tahun hadapan.

“Oleh itu, saya minta supaya pelan baharu yang akan dibangunkan ini mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan melalui sesi libat urus yang lebih menyeluruh,” katanya.

Zambry berkata, dia juga memberikan masa kepada kementerian untuk mendiagnosis tahap pencapaian pendidikan tinggi secara terperinci dan menyeluruh.



“Kita perlu bedah siasat untuk mengenal pasti isu dan punca sebenar kepada permasalahan yang berlaku dan dapat merangka strategi jangka masa panjang menjelang pelan pembangunan pendidikan tinggi negara yang baharu,” jelasnya. Utusan

Jelajah Kampus Madani untuk kenal pasti masalah dan kekurangan – Zambry

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perang Fatiya, Anju makin panas

Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie



Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker