Biodata Aktress Tasha Shilla

Berikut adala Biodata, Profail dan Latar Belakang  Aktress Tasha Shilla yang telah dikemaskini pada 26 Apr 2021.Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila binti Abdul Razak (dilahirkan pada 25 Januari 1987) atau lebih dikenali sebagai Tasha Shilla merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Tasha memulakan kerjaya lakonannya pada 1999, ketika berusia 12 tahun, muncul dalam beberapa siri televisyen dan filem. Antara drama lakonannya ialah Tentang Dhia dan Tabir Zulaikha. Tasha juga mempunyai peranan di layar lebar termasuk Ratu The Movie dan Klip 3GP, kedua-duanya dikeluarkan pada 2011.

Tasha dilahirkan pada 25 Januari 1987 di Ampang, Selangor. Beliau ialah anak kepada pasangan Rosnah Suratman dan Abdul Razak Razali dan mempunyai darah kacukan Melayu dan Jawa.

Tasha Shilla
Tasha dalam sesi fotografi pada 2013.
Kelahiran
Natasha Sheila binti Abdul Razak
25 Januari 1987 (umur 34)
Ampang, Selangor, Malaysia
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 1999–kini
Pasangan Muhammad Atiq Idris (k. 2020)

Pada usia 12 tahun, Tasha Shilla memulakan kerjaya lakonannya pada 1999, menerusi peranan kecil dalam sitkom ntv7, Spanar Jaya. Enam tahun kemudian, pada 2005, beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan Dewi Remaja 2005/06 yang turut disertai oleh Scha Al-Yahya, Intan Ladyana dan Izreen Azminda. Tasha membuat penampilan filem pertama menerusi peranan kecil dalam filem KL Menjerit 1 arahan Bade Hj. Azmi.



Beliau muncul sebagai salah seorang peserta pertandingan ratu cantik dalam filem Ratu The Movie arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen dan filem Klip 3GP. Pada tahun 2013, Tasha mempunyU peranan utama dalam siri drama gabungan Malaysia dan Brunei, Erna Shuraya terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).

Tasha memegang watak utama sebagai Ain Zulaikha dalam melodrama Tabir Zulaikha, berpasangan bersama Aiman Hakim Ridza di mana ia memerlukan Tasha bermain biola. Pada Februari 2017, beliau dilantik sebagai jurucakap produk kecantikan antarabangsa, SK-II setelah dinamakan sebagai Top Malaysia’s Beauty Circle 2017.

FOTO



Pelakon Tasha Shilla, 33 tahun dan pasangannya Muhammad Atiq Idris, 33 tahun, seorang pakar kewangan.

VIDEO

Tasha Shilla selamat timang anak lelaki



 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker