Tasha Shilla selamat timang anak lelaki



Sebaran :


Bayi Ramadan. Pelakon Tasha Shilla, 34, selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan terkemuka di ibu negara semalam.

Berita gembira tersebut dikongsi pelakon drama Kamar Kamariah itu dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Tasha bagaimanapun tidak berkongsi wajah anaknya dan hanya memuat naik foto yang memaparkan tangan bayi comel itu.



“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada Ramadan ke-12 semalam.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa,” tulisnya.

Kongsi isteri kepada ahli perniagaan Muhammad Atiq Idris itu, dia bersyukur dan berterima kasih terhadap semua pihak yang telah memudahkan proses kelahiran anaknya.



“Saya sangat hargai semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini.

“Kepada suami, terima kasih yang tidak terhingga dengan semua semangat, sentiasa membahagiakan dan menjadi suami soleh. Saya cintakan awak,” katanya lagi.

Untuk rekod, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada 23 Februari tahun lalu. K Online



Tasha Shilla Hamil Lima Bulan


Sebaran :


Leave a Reply