Saravanan kembali, Hannah mungkin pindah kementerian – Sumber

Saravanan kembali, Hannah mungkin pindah kementerian – Sumber

M Saravanan dari MIC dan Hannah Yeoh dari DAP adalah nama terbaru muncul dalam perbincangan semasa mengenai rombakan Jemaah Menteri.

Saravanan mungkin kembali menganggotai Kabinet, manakala Yeoh dikatakan akan dipindahkan daripada Kementerian Belia dan Sukan, yang menurut sumber dalaman perubahan berkenaan dibuat atas sebab politik.



Saranan yang juga timbalan presiden MIC dimasukkan untuk mengukuhkan sokongan masyarakat India kepada kerajaan, susulan perubahan ketara dalam undi komuniti itu kepada pembangkang pada PRN enam negeri, Ogos lalu.

Ahli Parlime Tapah itu dijangka kembali sebagai menteri sumber manusia, jawatan yang dipegangnya dari 2020 hingga 2022. “Beliau mempunyai pengalaman yang diperlukan dalam kementerian itu jadi ia hanya masuk akal (kerajaan) meletakkannya di sana,” kata sumber itu.

Kehilangan sokongan dalam kalangan pengundi muda pada PRN akan menyebabkan Yeoh, ahli jawatankuasa pusat DAP, diberikan portfolio lain dan bukannya belia dan sukan, kata sumber itu.

PRN menunjukkan pengundi muda masih tidak menyokong kerajaan perpaduan. “Kementerian Belia dan Sukan memainkan peranan penting dalam memastikan golongan belia akan menyokong kerajaan tetapi ia nampaknya tidak berlaku,” kata sumber itu.



Sebab lain mungkin adalah kegagalan Malaysia untuk mencapai prestasi yang baik di Sukan SEA awal tahun ini. Kontinjen Malaysia gagal mencapai sasaran 40 pingat emas, memenangi 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa dengan menduduki tempat ketujuh dalam kalangan 11 negara dalam kejohanan itu.

Yeoh telah menyatakan bahawa prestasi buruk kontinjen Malaysia adalah hasil daripada beberapa perubahan dalam kerajaan sejak 2018.

Semalam, sumber memberitahu FMT, wakil MCA atau MIC mungkin dikembalikan dalam Jemaah Menteri susulan rombakan yang diuar-uarkan bakal dibuat selepas PRK DUN Pelangai hujung minggu ini.

Sumber dari pejabat perdana menteri berkata rombakan itu akan melibatkan terutamanya Ahli Parlimen daripada PKR, parti yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.



Sumber itu berkata Anwar tidak boleh mengecewakan rakan gabungannya dalam Barisan Nasional (BN) dan parti komponen Pakatan Harapan DAP dan Amanah.

Antara yang dijangka digugurkan ialah Saraswathy Kandasami daripada PKR, yang merupakan timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi.

Pada Ahad, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi membayangkan rombakan Jemaah Menteri akan berlaku dalam masa terdekat.

Beliau berkata antara sebabnya ialah kekosongan jawatan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup susulan kematian Salahuddin Ayub pada Julai. FMT



Saravanan kembali, Hannah mungkin pindah kementerian – Sumber

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker