Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

 

“Apa yang anda baca sekarang dan yang akan tulis dalam ruangan komen akan dibaca oleh umum dan besar kemungkinan dipantau oleh agensi perisikan.”

 

Baru saya faham kenapa Pak Kadir padam posting-posting FB dia hari ini.

Dia dah berundur ke blog dia di mana dia memberi amaran kepada netizens yang mengecam dia.
Secara ringkas, dia kata netizens yang kecam dia dengan akaun palsu adalah sakit mental dan berisiko akan dibom dengan drone oleh perisik antarabangsa.



Antara nasihat-nasihat emas dia kali ini:

“Anda mungkin berasa selamat dan gembira kerana beranggapan anda telah berjaya menyembunyikan identiti anda apatah lagi mendapat bayaran untuk masuk ke laman saya ini dan mana-mana juga laman, sama ada untuk berbahas secara sopan atau sekadar melakukan “spam”, mencarut dan memaki-hamun.”

“Anda mungkin menggunakan butir-butir palsu dan nama samaran untuk mewujudkan akaun anda, tetapi di mana pun anda berada di dunia ini, pergerakan anda tetap diketahui.”

“Kalau anda seorang yang diklasifikasikan sebagai “terrorist” (pengganas) berbahaya, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) boleh melancarkan drone (pesawat terbang tanpa pemandu) untuk membunuh anda.”



“Anggapan bahawa kaedah komunikasi Internet adalah bebas, percuma dan selamat adalah salah sama sekali khususnya mengenai kerahsiaan.”
“Mungkin ramai sudah tahu tetapi saya rasa banyak lagi yang belum tahu bahawa Internet yang sedang kita gunakan untuk mengakses laman ini adalah produk ketenteraan.”

“Ia adalah hasil penyelidikan ketenteraan Amerika melalui projek Arpa yang bertujuan mewujudkan saluran komunikasi barisan hadapan pasukan tentera Amerika. ”

“Pemilik dan pengguna akaun palsu selalunya menggunakan nama, gambar profil dan pengenalan diri yang luar biasa atau pelik.”
“Daripada cara mereka menyamarkan diri kita sudah boleh mengagak status pendidikan, sosial, keintelektualan, budi pekerti, afiliasi politik dan matlamat mereka.”

“Sayugia diulang sebut bahawa istilah “dedak” ini tercetus di kalangan penggiat media sosial Umno, khususnya blogger pada tahun 2014 berikutan herdikan Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Mohd Najib Abdul Razak terhadap blogger Umno. ”
“Dalam konteks yang lebih khusus, penggunaan media sosial di Malaysia mendedahkan banyak ciri yang boleh dijadikan petunjuk tentang tahap kesihatan mental masyarakat kita.”



“Kita akan mendapati ramai pengguna media sosial, khususnya yang menggunakan akaun palsu, tidak berakhlak, cetek pengetahuan, terbelenggu pemikiran dan tidak toleransi.”

Posting blog dia hari ini: https://kadirjasin.blogspot.com/2020/07/akaun-internet-palsu-tidak-jamin.html

Sebab itu, janganlah mengecam Pak Kadir secara melampau.

Sikit-sikit sudah.



Sumber: FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker