Tanah keluarga pelakon dipindah milik PTG Selangor tanpa pengetahuan

Tanah keluarga pelakon dipindah milik PTG Selangor tanpa pengetahuan

Pelakon, Ammar Baharin, menuntut penjelasan daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor berkaitan kes tanah milik ibunya yang terletak di Semenyih apabila dikesan dikeluarkan geran oleh pihak berkenaan kepada orang lain secara tidak sah.

Ammar dalam perkongsian menerusi akaun X, mendedahkan kejadian itu disedari keluarganya ketika ibu bapanya ketika arwah ayahnya masih hidup, meninjau kawasan tanah berkenaan untuk diusahakan, namun mereka terkejut apabila mendapati sebuah rumah sudah dibina di situ.



“Macam mana sebidang tanah boleh ada dua geran yang berbeza? Mak aku pun pergi la jumpa tuan tanah itu dan bertanya. Diringkaskan cerita, tuan tanah kata itu tanah dia, siap tunjuk geran (geran tampal) dan mak aku pun tunjuk geran asal yang mak aku pegang berpuluh tahun. Siap bayar cukai tanah,” katanya.

Ammar berkata, ibu dan arwah ayahnya kemudian pergi ke PTG Selangor untuk bertanyakan situasi terbabit.

“Mereka (PTG) faham dan cuba selesaikan perkara ini. Mereka janji akan menggantikan tanah mak aku dengan tanah yang lain tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan.

“Apabila ditanya mengenai update terbaru, staff Jabatan Tanah kata Selangor dah takde tanah kosong (untuk digantikan),” katanya dalam perkongsian itu.



Pelakon itu mempersoalkan kes tanah ini kepada PTG dengan membangkitkan beberapa persoalan dalam perkongsian berkenaan.

“Siapa yang meluluskan geran kedua untuk individu lain, sedangkan tanah milik keluarga aku ini belum dijual atau ditukar nama kepada sesiapa?

“Bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa? Cukai tanah yang mak aku bayar tiap-tiap tahun itu macam mana?

“Adakah pihak satu lagi itu pun bayar cukai tanah yang sama? Semoga PTGS ada jawapan untuk setiap persoalan di atas,” katanya.



Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak bagi menyelesaikan masalah yang mengelirukan rakyat.

Sementara itu, pengguna media sosial yang mengikuti pendedahan dibuat Ammar menyarankan pelakon itu melantik peguam dan memfailkan saman terhadap pihak berkenaan berikutan itu yang berbangkit. BH

Tanah keluarga pelakon dipindah milik PTG Selangor tanpa pengetahuan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker