PAS Negeri Sembilan kecewa Peja tak ambil tahu keadaan PN negeri

PAS Negeri Sembilan kecewa Peja tak ambil tahu keadaan PN negeri

Seorang pemimpin kanan PN Negeri Sembilan dilapor menyatakan rasa kecewa dengan pengurusan parti di situ khususnya selepas pilihan raya negeri (PRN) berakhir pada tahun lalu.

Selain tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri, PAS Negeri Sembilan juga mendakwa pengerusi PN negeri itu, Ahmad Faizal Azumu, “tidak mengambil tahu” lagi akan hal-hal parti.



Dalam nada yang keberatan, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rafiei Mustapha dilaporkan berkata dia terpaksa mendedahkan mengenai keadaan PN kerana pelbagai masalah yang dihadapi mereka.

“Namun saya terpaksa ber­terus terang. Sejak PRN lalu, memang beliau (Ahmad Faizal) tidak lagi mengambil tahu keadaan PN di negeri ini.

“Kami sudah menang lima kerusi, oleh itu perlu dibuat kerja dan usaha penyelarasan terutama bagi membantu kesemua Adun kita ini,” katanya yang dipetik Utusan Online hari ini.

Ahmad Faizal merupakan orang nombor dua dalam Bersatu selepas presidennya Muhyiddin Yassin.



Dia dilantik menjadi pengerusi PN di Negeri Sembilan bagi menggantikan Eddin Syazlee Shith yang digugurkan pada 2 Jun 2023.

Untuk rekod ini bukanlah kali pertama PAS merungut mengenai kepimpinan Ahmad Faizal. Hanya kira-kira lima bulan selepas dilantik PAS Negeri Sembilan dilaporkan media sebagai berkata mereka melihat Ahmad Faizal seolah-olah tidak berminat untuk melaksanakan tugas tersebut.

Sebagai reaksi, Ahmad Faizal berkata dia bercadang untuk merujuk isu berkenaan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan berpendapat tidak ada masalah jika jawatan tersebut disandang anak Negeri Sembilan.

Boleh dikekalkan, tapi…



Rafiei berkata, pengabaian berkenaan tidak sepatutnya berlaku terutama apabila PN memiliki lima Adun dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Dia yang juga timbalan pengerusi PN Negeri Sembilan menambah, untuk membolehkan setiap Adun berkhidmat kepada rakyat, parti itu perlu berada dalam keadaan stabil.

Katanya kedudukan seseorang pengerusi PN di negeri-negeri adalah keputusan PN Pusat dan selaku Timbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan dia berharap isu tersebut dapat dise­lesaikan segera.

“Bagi sa­ya tiada masalah jika PN Pusat mahu kekalkan (Ahmad Faizal) asalkan gerak kerja di negeri ini boleh berjalan seperti biasa,” katanya lagi.



Menurut Rafiei di peringkat PAS sendiri mereka sudah menubuhkan sekretariat sendiri untuk membantu tiga Adun dari parti itu, tetapi berpendapat sepatutnya ia digerakkan atas nama PN.

Dalam PRN yang diadakan pada 12 Ogos tahun lalu, PAS memenangi kerusi Serting, Paroi dan Bagan Pinang; manakala dua lagi kerusi dimenangi Bersatu iaitu Labu dan Gemas. Mk

PAS Negeri Sembilan kecewa Peja tak ambil tahu keadaan PN negeri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]



Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker